HALAMAN SANTAI

Khamis, 23 April 2009

Bersihkan nama, Najib wajar ikut saranan Mahathir

Mohd Sabri Said


KEPALA BATAS - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menyokong saranan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang turut mengesa Perdana Menteri keenam, Dato' Seri Najib Tun Razak membersihkan namanya berhubung beberapa kes melibatkan maruahnya terutama kes membabitkan pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shaaribuu.

Menurutnya, Tun Mahathir dalam blognya turut kecewa dengan sikap Najib yang masih enggan mengemukan saman terhadap media asing atau sesiapa yang menuduhnya sama ada dalam media cetak atau elektronik.

Jelas beliau lagi, selagi namanya tidak dibersihkan selagi itulah rakyat akan mempertikaikan ketrampilan, emej atau hala tuju yang ingin dibawa memajukan Malaysia.

"Saya sokong Mahathir yang turut mengesa Najib membersihkan namanya baru imejnya dapat dikembalikan, " tegasnya ketika berucap di Kota Aur, Penaga semalam.

Jika gagal membersihkan namanya, Najib patut undur daripada menerajui negara kerana Malaysia tidak mahu kepimpinan yang penuh dengan rasuah, penyelewengan, pembunuh atau sebagainya.

Najib tambahnya, wajar meniru Tun Husein Onn yang sanggup turut jawatan bila rasa emejnya sudah menurun tambahan lagi bila ia dicabar oleh Haji Sulaiman Palestin.

Begitu juga tindakan Mahathir melepaskan jawatan bila mana mengesan dirinya tidak diterima lagi oleh rakyat bila terlalu banyak kezaliman, penyelewengan dan rasuah sebelum dirinya dihukum dalam pilihan raya umum.

"Tun Mahathir bertindak cepat menangis dalam Persidangan Agung Umno dan meninggalkan kerusi nombor satu negara sebelum pilihan raya ke-11. Dia pandai sebelum jatuh diserah pada Tun Abdullah untuk meneruskan kepimpinan baru, " terangnya dalam program anjuran PAS Kepala Batas.

Tun Abdullah pun sama ujar Mohamad, beliau turut melepaskan jawatan kerana tahu imejnya sudah hilang setelah kalah teruk dalam pilihan raya umum ke-12.

Najib pula katanya, wajar bertindak segera seandainya mahukan meneruskan sebagai pemimpin jika tidak beliau wajar turun dan serah pada pemimpin yang bersih.

Turut berucap dalam majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, S. Manikumar. - mks._

Tiada ulasan: