HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 April 2009

Saudi tegas kurangkan bunyi azan

AFP.


RIYADH: Arab Saudi sedang mengambil tindakan keras ke atas masjid-masjid yang meningkatkan bunyi pembesar suara semasa azan, sedang masjid-masjid semakin berlumba-lumba mengatasi bunyi pembesar suara satu sama lain, lapor agensi berita rasmi SPA kelmarin.

Menteri Ehwal Islam Arab Saudi, Sheikh Saleh Al-Sheikh, mengarahkan pasukannya memeriksa masjid-masjid di Makkah, Riyadh dan beberapa tempat lain di negara itu untuk mengesan penggunaan pembesar suara yang terlalu kuat.

Di Madinah, para imam telah diberitahu supaya menggunakan pembesar suara di luar masjid dalam khutbah utamanya, dan hanya menggunakan pembesar suara dalam masjid bagi upacara ibadah selanjutnya, kata laporan SPA itu.

Di bandar Bahah, di barat Arab Saudi, pemeriksa daripada pihak kementerian itu baru-baru ini menanggalkan 100 pembesar suara di 45 masjid kerana bunyinya yang terlalu kuat hingga menenggelami bunyi azan dari masjid-masjid lain.

Banyak masjid menyiarkan khutbah melalui sistem pembesar suara.

Kementerian itu berkata bunyi pembesar suara di sesetengah masjid di negara itu boleh didengar sejauh lima kilometer.

Tiada ulasan: