HALAMAN SANTAI

Khamis, 30 April 2009

Sidang DUN Perak tetap diteruskan: Zambry

BERITA HARIAN ONINE


IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijadualkan pada 7 Mei ini akan tetap diteruskan walaupun menerima pelbagai ancaman pakatan pembangkang termasuk kemungkinan memulaukannya, kerana tarikh berkenaan sudah mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata kerajaan negeri hanya memberi cadangan mengenai bila sidang DUN akan diadakan tetapi keputusan terakhir dan muktamad dalam menentukan tarikh persidangan berkenaan adalah dalam bidang kuasa Sultan Perak.

"Oleh itu, DUN Perak perlu bersidang dan tidak akan ditangguhkan walaupun kes semakan kehakiman yang difailkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap saya masih belum diputuskan.

"Kedudukan saya sebagai Menteri Besar adalah sah dan saya bersama anggota Exco berhak menduduki kerusi yang sepatutnya diduduki oleh kami ketika persidangan DUN nanti manakala Speaker juga mesti mengiktiraf dan menghormati pelantikan kami sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Tiada ulasan: