HALAMAN SANTAI

Khamis, 23 April 2009

Gagasan Melayu Perak buat laporan polis terhadap Malaysiakini

BERNAMA


IPOH: Gagasan Melayu Perak (GMP) hari ini membuat laporan polis terhadap laman web 'MalaysiaKini' kerana didakwa menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah melalui penyiaran berita bertajuk 'Raja Nazrin Defends Monarchy Against Ridicule;, Selasa lalu.

Laporan itu dibuat oleh Presiden GMP, Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail, jam 5 petang tadi di Balai Polis Sungai Senam, di sini.

Mohd Hilmi memberitahu pemberita, laporan polis dibuat kerana GMP beranggapan berita yang disiarkan oleh laman web itu bersifat kurang ajar dan biadap terhadap institusi beraja di negeri ini.

Selain itu, katanya GMP turut berharap Kementerian Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan mengambil tindakan terhadap laman web terbabit kerana menyalahgunakan teknologi maklumat sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesannya terhadap keselamatan negara.

Tiada ulasan: