HALAMAN SANTAI

Sabtu, 25 April 2009

700 kontraktor pembekalan air Melayu bakal hilang pendapatan

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Lebih 700 syarikat kontraktor berkaitan bekalan air Melayu dari Selangor akan hilang punca pendapatan, sekali gus lebih 30,000 pekerja mungkin diberhentikan akibat pembekuan Projek Fasa ketiga Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang bernilai RM2.6 bilion.

Justeru itu, Dewan Perniagan Melayu Malaysia (DPMM) dalam satu kenyataannya hari ini menyarankan, projek di bawah Fasa Ketiga itu diaktifkan semula dengan kadar segera.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air semalam memaklumkan bahawa penangguhan projek penggantian paip-paip lama dan paip-paip komunikasi bernilai RM2.6 bilion itu adalah merujuk kepada Program Kerja Perbelanjaan Modal atau Program Kerja.

"DPMM memandang serius perkara ini kerana bukan sahaja ia akan mengundang gejala sosial jika peluang mencari nafkah yang halal tiada lagi, malah pertumbuhan ekonomi negara akan turut terjejas kerana usahawan kecil, sederhana dan besar adalah sebahagian daripada pencetus pertumbuhan ekonomi," katanya.

Ia turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya membantu kontraktor tulen yang telah dikenal pasti dalam sektor ini agar dapat meneruskan projek mereka.

Tiada ulasan: