HALAMAN SANTAI

Khamis, 30 April 2009

Gangguan LRT setiap Ahad

Bernama


PETALING JAYA: Perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Kelana Jaya akan terganggu setiap Ahad bulan depan mulai Ahad ini berikutan kerja-kerja naik taraf.

Pengendalinya, Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) berkata, kerja-kerja itu akan dilakukan dari jam 6 hingga 10 pagi setiap hari yang membabitkan stesen Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC, Ampang Park dan Damai.

Pengurus Besar RapidKL (Bahagian Kejuruteraan Rel), Zohari Sulaiman, berkata perkhidmatan dari Stesen Kelana Jaya ke Pasar Seni dan dari Stesen Gombak ke Stesen Dato' Keramat akan beroperasi seperti biasa.

"Bagi kemudahan pengguna, enam atau tujuh bas perantara akan disediakan secara percuma ke stesen terbabit kecuali untuk ke Stesen Kampung Baru," katanya.

Tiada ulasan: