HALAMAN SANTAI

Sabtu, 25 April 2009

Mahkamah benarkan semakan kehakiman batal perintah pembangunan

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini memberi kebenaran kepada 108 penduduk Bukit Gasing untuk semakan kehakiman bagi pembatalan perintah pembangunan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur berhubung projek pembangunan banglo di lereng Bukit Gasing.

Hakim Lau Bee Lan membuat keputusan itu di kamarnya semalam.

Peguam R.Sivarasa, yang mewakili penduduk berkenaan, memberitahu media bahawa Hakim Lau membenarkan permohonan itu selepas mendapati ia melibatkan kes penting yang perlu dibicarakan di mahkamah.

Mahkamah kemudian menetapkan 27 Mei bagi sebutan kes untuk membolehkan pihakpihak terlibat menerima arahan seterusnya daripada mahkamah.

Penduduk berkenaan memohon kebenaran bagi semakan kehakiman terhadap perintah datuk bandar KL bertarikh 2 Oktober, 2008, dikeluarkan kepada pemaju, Gasing Meridian Sdn Bhd (GMSB) membenarkan mereka (GMSB) menjalankan kerjakerja pembersihan tanah dan pembahagian kawasan di tanah berkenaan.

GMSB, adalah pemaju pembangunan 'Sanctuary Ridge' Bandaraya Kuala Lumpur satu projek membina 68 unit banglo di kawasan seluas 15.5ha di Bukit Gasing.

Pada 18 Mac, 2008, Mahkamah Tinggi juga membenarkan permohonan untuk semakan kehakiman kepada penduduk itu, memberikan mereka hak melahirkan pandangan berat mereka terhadap sebuah projek pembangunan di kawasan itu.

Tiada ulasan: