MALAYSIA KINI
Kekecohan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 'melimpah' ke luar dewan apabila Pemuda Umno negeri itu membuat laporan polis terhadap Speaker V Sivakumar hari ini.
Ia dibuat bagi pihak pergerakan itu, oleh naib ketua Pemuda Umno bahagian Teluk Intan, Saiful Adli.
Saiful membuat laporan polis itu kerana Sivakumar mengarahkan Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan enam lagi ADUN BN keluar dari sidang DUN Perak pagi ini.
Beliau mendakwa tindakan Sivakumar itu sebagai menghina dewan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan