Anna Yusof
10.30 Pagi - kedai-kedai makan dipersekitaran Bangunan Kerajaan Negeri Perak terpaksa di tutup kerana terlalu ramai pasukan polis yang berkawal di hadapan kedai sehinggakan pemilik kedai makan terpaksa mangambil jalan untuk menjaga keselamatan mereka sendiri dengan menutup perniagaan mereka pagi ini.
Tindakan polis yang melemaskan dan menimbulkan suasana tegang apabila bertindak membuat tangkapan sehingga menggangu tetenteraman di persekitaran bangunan tersebut.
10.05 Pagi - DUN Sungai Pinang, Koay Teng Guan, turut ditahan. Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang Dr Mujahid Rawa menuju ke Pejabat Pas yang terletak tidak jauh dari Dewan.
Lebih daripada 30 orang dilaporkan telah ditahan, termasuk Lau Dak Kee, bekas Ahli Parlimen Ipoh dan tahanan ISA, dan Jenice Lee Ying Ha, Adun Kawasan Teratai.
KUALA LUMPUR, 7 Mei (SK) : Ahli parlimen KeADILan Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Adun Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong telah ditahan polis pada jam 9.00 pagi tadi. Mereka dibawa di dalam trak polis.
Dalam kejaduian pagi tadi setelah mereka melaungkan “1Black Malaysia”, “bubar DUN” dan “reformasi.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan