HALAMAN SANTAI

Isnin, 11 Mei 2009

Pengerusi Hindraf mahu pulang dari buangan

Oleh G. MANIMARAN


PETALING JAYA: Pengerusi Hindraf P. Waytha Moorthy yang berada dalam buangan kendiri di London sejak Disember 2007 mahu kembali tanah air ekoran pembebasan lima pemimpinnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin.

Menurutnya, beliau akan tetap pulang ke Malaysia sama ada kerajaan akan menahannya ataupun sebaliknya.

"Saya telah mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia memandangkan peguam-peguam Hindraf telah dibebaskan," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Tegas Waytha Moorthy lagi beliau bersedia berhadapan dengan apa jua tindakan undang-undang.

Kenyataan itu dikeluarkan dua hari selepas baki tiga pemimpin Hindraf ditahan di bawah ISA dibebaskan oleh kerajaan.

Tiga pemimpin berkenaan ialah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kota Alam Shah, M. Manoharan, 48, K. Vasantha Kumar, 36, dan P. Uthayakumar, 47.

Tiada ulasan: