HALAMAN SANTAI

Rabu, 20 Mei 2009

Polis Bangladesh menyamar wanita

AFP


DHAKA – Pegawai polis di ibu kota Bangladesh menyamar sebagai wanita dengan memakai rambut palsu dan pakaian wanita untuk menangkap penjenayah yang menjadikan kaum perempuan sebagai sasaran mangsa mereka.

“Kami mengambil langkah luar biasa ini ekoran peningkatan kegiatan jenayah di bandar ini dan kaedah itu didapati berjaya.

“Dalam tempoh empat hari lalu, kami telah menangkap seramai 60 perompak dikehendaki yang menyangka pegawai polis adalah wanita,” kata Timbalan Pesuruhjaya Polis, Imtiaz Hossain kepada AFP.

Pasukan khas yang diletakkan diseluruh Dhaka itu digelar ‘skuad burka’ kerana memakai pakaian wanita Islam.

Tiada ulasan: