HALAMAN SANTAI

Khamis, 8 Oktober 2009

PRK Bagan Pinang : Maruah Parti VS Maruah Rakyat

Oleh Wan Simunjan


Kini seluruh negara malah dunia tertumpu kepada Bagan Pinang sehingga keputusan PRK diumumkan pada sebelah malam 11 Oktober nanti. Pilihanraya Bagan Pinang bukan sahaja penting untuk UMNO dan PAS malah yang lebih utama PRK Bagan Pinang bakal penentu maruah Malaysia di mata dunia.

Ya, walaupun PRK Bagan Pinang hanya seolah-olah hanya penting buat penduduk kawasan Bagan Pinang dan UMNO namun hakikat sebenarnya keputusan PRK Bagan Pinang penting buat Malaysia tercinta ini. Dunia akan menyaksikan siapakah pemimpin yang bakal dipilih dan diangkat oleh rakyat Bagan Pinang sebagai pemimpin mereka ?

Hari ini pengundian POS sudah dilakukan terhadap pasukan tentera dan polis. Kedua-dua pasukan ini merupakan benteng maruah intergriti negara. Kedua-dua pasukan ini boleh mencerminkan nilai intergriti rakyat Malaysia secara amnya. Ini kerana semua negara di dunia ini jika disebut tentang anggota tentera dan polis pastinya golongan ini cukup dihormati kerana mereka begitu berdisiplin dan mempunyai nilai intergriti yang begitu tinggi dalam mempertahankan maruah sesebuah negara. Rasanya peranan mempertahankan seterusnya mengangkat maruah negara itu juga tidak terkecuali untu golongan tentera dan polis negara kita. Kini golongan tentera dan polis di Bagan Pinang akan menjadi saksi kepada nilai intergriti mreka dalam memilih golongan pemimpin yang bakal menjadi pemimpin di kawasan mereka.

Manakala golongan rakyat pula akan mengundi pada 11 Oktober nanti dengan peranan yang sama. Pengundi Bagan Pinang bukan sekadar memilih pemimpin yang mewakili mereka malah rakyat Bagan Pinang juga akan membuktikan kepada dunia bahawa mereka merupakan pengundi yang cukup bermaruah dan penuh intergriti. Pengundi Bagan Pinang akan mewakili 27 juta rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Jika mereka memilih pemimpin yang benar-benar bergelar pemimpin maka maruah dfan martabat negara akan terus dihormati. Dan jika mereka memilih pemimpin yang telah tercemar dengan perbuatan rasuah dan salahguna kuasa maka maruah bangsa Malaysia akan turut tercemar.

Tidak perlu rasanya untuk membicarakan soal calon PAS untuk menilai kepimpinannya. Mungkin kerana tidak pernah memenangi sebarang pilihanraya menjadikan kita sukar untuk menilai intergritinya. Tapi cukup sekadar kepercayaan PAS sebagai sebuah parti besar yang berteraskan Islam sebagai pegangan dan panduan telah berani menobatkan beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri. Tanggungjawab sebesar ini tidak mungkin diberikan kepada golongan yang bukan bergelar pemimpin oleh PAS. Sesungguhnya banyak ahli PAS yang mempunyai kelayakan serta keupayaan bergelar pemimpin tapi dengan terpilihnya Zulkifly Omar sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri maka ia sudah mampu member gambaran kepada rakyat Bagan Pinang bahawa beliau layak diangkat sebagai pemimpin jika mereka mahu.

Manakala Tan Sri Isa Samad pula merupakan calon UMNO yang dikatakan cukup popular di Bagan Pinang. Sebelum ni diwuar-uarkan beliau merupakan calon kehendak akar umbi. Berkobar-kobar rakyat Bagan Pinang meminta beliau sebagai calon UMNO dalam PRK ini. Entah benar atau tidak ini kehendak rakyat. Dalam politik UMNO manipulasi sudah sebati dengan perjuangan mereka. Mungkin ini merupakan tindakan sunbersif golongan penentang MB sekarang ni bagi mengulingkan beliau daripada terus memimpin Negeri Sembilan. Siapa tahu ? Sesungguhnya UMNO memang terkenal dengan tindakan licik mereka dalam menjatuhkan seorang pemimpin. Namun apa yang pasti Tan Sri Isa Samad merupakan seorang pemimpin yang telah dikaitkan dengan RASUAH walaupun UMNO mentafsirkannya sebagai politik wang. Akibat tindakan rasuahnya untuk menjawat jawatan tertinggi UMNO dalam pemilihan UMNO maka beliau telah digantung selama 3 tahun. Ini fakta dan bukannya rekaan semata-mata.

Justeru itu harus diingatkan kepada pengundi Bagan Pinang buatlah pemilihan yang tepat dan betul demi maruah bangsa Malaysia yang tercinta ini. Jika rakyat negara lain begitu lantang berjuang menentang dan menggulingkan golongan pemimpin rasuah yang mengumpul kekayaan serta memerah titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka , bagaimana pula penilaian rakyat bagan Pinang ?

Ingatlah wahai pengundi Bagan Pinang :

1. Jika undi Pos menunjukkan Isa Samad menang maka maruah serta intergriti tentera dan polis Malaysia akan diragui oleh masyarakat luar. Ini kerana golongan tentera dan polis Malaysia sanggup memilih pemimpin rasuah sebagai pemimpin mereka. Memilih pemimpin rasuah bererti golongan ini juga menyokong rasuah dan mungkin mampu melakukan rasuah demi kepentingan mereka. Golongan ini sanggup menggadai maruah dan intergrioti mereka demi kepentingan mereka dan bukannya membela dan mempertahankan maruah bangsa dan negara.

2. Jika pengundi biasa memenangkan Isa Samad maka maruah keseluruhan rakyat Malaysia akan dipandang rendah oleh negara luar. Ini kerana masyarakat luar dalam negara ini sendiri akan menyaksikan secara dekat bagaimana rakyat Malaysia memilih pemimpin mereka. Maka janganlah berasa marah dan berdukacita nanti jika sekiranya maruah pemimpin negara terus dipersendakan dan diperlekehkan oleh masyarakat antarabangsa. Skandal pembunuhan Altantuya udah cukup mencemar maruah pemimpin sekaligus rakyat Malaysia tapi kali ini penilaian itu lebih kukuh dan bernas sekali kerana rakyat sendiri yang memilih pemimpin itu.

Sesungguhnya pemimpin yang bakal dipilih oleh pengundi Bagan Pinang kali ini bukanlah semata-mata kepentingan parti yang bertanding tapi ia sebenarnya memperjudikan maruah bangsa negara yang bergelar Malaysia ini. Terpulanglah kepada pengundi Bagan Pinang sendiri yang menentukan maruah negara kita di mata dunia. Jika sekiranya mereka benar-benar mahu mengangkat martabat maruah bangsa Malaysia di mata dunia maka mereka tidak akan memilih pemimpin yang telah diketahui dunia sebagai seorang perasuah. Dengan itu pengundi Bagan Pinang akan membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga tidak menyokong pemimpin@parti yang mengamalkan rasuah meskipun mereka cukup popular. Bukan piopular yang dimahukan tapi intergriti pemimpin yang diutamakan.

Samada maruah parti atau maruah rakyat lebih penting, itu terserahlah kepada seluruh pengundi Bagan Pinang. Kuasa di tangan anda.

Sekali lagi dingatkan kepada pengundi Bagan Pinang, JANGAN MENANG SORAK MARUAH TERGADAI. Selamat Berjuang Pengundi Bagan Pinang.

Tiada ulasan: