SURAT PEMBACA
Oleh Mat Derus
Dengan PRK Dun Bagan Pinang, menampak kemeriah lagi di kawasan peranginan di Port Dickson. Para peniaga makanan senyum lebar mengaut keuntungan berbanding dari hari-hari biasa.Dataran Teluk Kemang menjadi tumpuan segala manusia tidak kira pangkat dan darjat. Kemeriahan tidak terkira, maka segala kelalaian kian nampak.
Aku cuma nak cerita perihal sebuah sekolah di depan Dataran Teluk Kemang, Sekolah Rendah Kebangsaan Teluk Kemang. Isteri aku juga seorang pendidik yang dijadi mangsa, juga guru-guru yang sewaktu dengannya.
Sekolah itu sekarang telah menjadi "hot cake" bagi orang kuat BN terutama UMNO menyalahgunkan premis sekolah untuk berkempen.
Segala maklumat yang di sampaikan merupakan hal politik dan hal undi mengundi. Dari menteri hingga ke senator mengambil peluang tersebut untuk berceremah pada guru-guru di sekolah itu.
Semua program tersebut di celahi sebagai program sekolah padahal disalah gunakan.
Dari sumber yang boleh di percayai, bahawa terdapat dua orang guru yang sedang mengajar di sekolah tersebut memberi peluang pada mereka itu untuk datang berceramah disitu, mereka adalah saudara pada TS Mohd Isa dan orang kuat pemuda UMNO Teluk Kemang .
Mana dia pengumbal undang-undang terhadap insiden seperti ini?. Katanya segala urusan politik tidak dibenarkan dalam premis kerajaan, tapi dengan sah ianya berlaku.
Maka di pendekan cerita, bahawa guru-guru yang di amanah itu adalah tidak amanah. Maka ketemulah kalian di Padang Masyhar nanti untuk di soal siasat di depan Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan