UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang mahu berkunjung ke Padang di Sumatera Barat, Indonesia dinasihatkan menangguhkan dahulu hasrat untuk mengunjungi wilayah tersebut sehingga disahkan selamat.
Jurucakap Wisma Putra hari ini berkata, ia bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini menimpa mereka.
Katanya, walaupun situasi selepas kejadian gempa bumi di kawasan tersebut terkawal, namun orang ramai tidak digalakkan mengunjungi daerah itu kecuali yang mempunyai urusan penting.
''Walaupun gempa bumi berlaku di daerah Padang tetapi beberapa kawasan lain dalam wilayah tersebut turut menerima kesan,'' ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan