HALAMAN SANTAI

Khamis, 22 Oktober 2009

Urustadbir Air Lebih Cekap Dibawah Jaminan Kerajaan Negeri : MB

SELANGOR KINI ONLINE


Shah Alam - Semua urusan air di negeri Selangor lebih mudah sekiranya ia ditadbir dibawah satu lembaga kerajaan negeri.

Melalui, Lembaga Urus Air Selangor, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pegguna akan menikmati bukan sahaja kualiti air yang lebih baik, bahkan juga perkhidmatan yang lebih lancar.

“Mengenai LUAS ini adalah satu perkara yang telah dibangkitkan dalam perbincangan kerajaan persekutuan mengenai penyusunan semula semua pengurusan air di negeri Selangor dan jika pengurusan air di negeri Selangor dapat diuruskan sepenuhnya operasi pengeluaran air itu oleh LUAS kita dapat memberikan perkhidmatan terbaik juga dapat salurkan air kepada pengguna dengan lebih berkesan,”katanya.

Tan Sri Abdul Khalid berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di bangunan Setiauasaha Kerajaan Negeri Selangor , semalam.

Menurut Tan Sri Khalid, operasi air akan lebih tersusun dan lebih ekonomik sekiranya sistem pengurusan air ditempatkan dibawah satu bumbung.

“Kita lihat LUAS ditubuhkan pada tahun 1999 dan sehingga kini masih tidak dapat menyelesaikan perkara tersebut, jadi kita mesti gabungkan peranan LUAS dan peranan pengurusan operasi air,”jelasnya lagi.

Tiada ulasan: