HALAMAN SANTAI

Khamis, 22 Oktober 2009

Khalid Gesa Suruhanjaya Ditubuh Siasat Kematian Teoh Beng Hock

TV SELANGOR


Kerajaan negeri Selangor hari ini menggesa agar Suruhanjaya Bebas Diraja ditubuhkan segera ekoran pendedahan baru yang mengejutkan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock pagi tadi.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul khalid Ibrahim berkata pendedahan baru itu seraya menimbulkan persoalan keatas penafian pihak berkuasa sebelum ini.

"Kami berharap dengan bukti yang berkaitan yang dikemukakan oleh Dr Pornthip adalah memastikan keadilan diberikan.Dr Pornthip yang berpengalaman dalam penyiasatan pembunuhan dan beliau telah perpengalaman membawa lebih daripada 10,000 kes semenjak 27 tahun lalu"

"Kami juga menggesa Suruhanjaya Diraja untuk inkues kematian Teoh ditubuhkan bagi menyiasat cara SPRM mengendalikan kes tersebut,"katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Shah Alam petang tadi.

Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini.

Pornthip, pakar lantikan kerajaan negeri Selangor, menyatakan kecederaan yang ditemui pada tubuh Beng Hock bukan semuanya disebabkan mendiang jatuh.

Berdasarkan kepada laporan yang diterimanya, Beng Hock didapati mengalami keretakan pada tengkorak, dicekik, serta ditusuk oleh objek misteri pada duburnya.

Dengan penemuan ini, Pornthip mengumumkan ada 80 peratus kemungkinan Beng Hock dibunuh.

Menyentuh isu yang sama, majikan mangsa, Exco Selangor Ean Yong Hian Wah menggesa kerajaan Malaysia akur kepada penemuan terbaru ini.

"Kesimpulan beliau ialah 80 peratus kematian Teoh bukan disebabkan bunuh diri tetapi dibunuh oleh orang lain .Ini merupakan satu penemuan baru yang amat mengejutkan kerana sampai hari ini, pihak SPRM masih tidak mahu bertanggungjawab ke atas kematian Teoh."

Justeru, beliau juga menggesa satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan segera untuk menjalankan siasatan ke atas kematian Teoh Beng Hock kerana pihak polis tidak mampu membuat siasatan dengan bebas

Tiada ulasan: