| BERNAMA Usaha bagi menarik sokongan 54,695 pengundi diperhebatkan apabila parti yang bertanding sampai ke pusingan akhir dengan petanda awal menunjukkan Barisan Nasional (BN) dijangka mengekalkan kerusi parlimen Sibu tetapi dengan majoriti yang kecil. "Kemungkinannya masih tidak menyebelahi kita. Bagaimanapun, kami berharap dapat mencapai 50 peratus menjelang esok. Dalam usaha untuk menang, kita perlu kepada bilangan besar yang keluar mengundi, dengan undi kaum Cina perlu mencapai 80 peratus yang menyokong kita, dan tambahan 10 peratus undi Melayu dan Iban. Jika ini berlaku, kita akan berjaya," kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang (bawah, kanan). Dengan Melayu-Melanau dan Dayak dijangka meneruskan tradisi menjadi bank undi BN, bagaimana anggota suku Foochow untuk mengundi kekal menjadi perhatian. Suku Foochow, yang dikenali kerana berfikiran sempit, mempunyai sejarah berubah kesetiaan dan ini membuatkan BN dan DAP kurang pasti mengenai tahap sokongan kumpulan ini. Pada pilihan raya umum sebelum ini, keputusan menunjukkan kira-kira 60 peratus daripada mereka mengundi DAP. Penganalisis politik Dr Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) percaya bahawa lebih banyak undi Cina tidak menyebelahi BN, berdasarkan kepada keputusan sebelum ini, meneruskan corak pengundi Cina di kerusi-kerusi kawasan bandar seperti Kuching. “Kaum Cina membentuk majoriti di Sibu, BN benar-benar memerlukan undi mereka untuk memenangi kerusi ini,” katanya. "Kaum Cina bukan jenis yang mudah dipengaruhi dengan mudah," katanya. Seperti yang disebut oleh Naib Presiden kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan, jika sokongan kaum Cina menurun di bawah paras 35 peratus, ia memberi petanda buruk kepada BN walaupun ia dapat mengekalkan tahap sokongan daripada kumpulan lain. "Kami hanya berharap tahap sokongan boleh dikekalkan. Bagaimanapun, kami juga bimbang dengan undi Iban sekarang. Jika tahap sokongan mereka jatuh, ia juga membawa petanda tidak baik kepada kami," katanya. |
HALAMAN SANTAI
Sabtu, 15 Mei 2010
BN dijangka pertahan Sibu dengan majoriti kecil
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan