HALAMAN SANTAI

Sabtu, 29 Mei 2010

GEJALA MEROKOK TREND TERKINI PELAJAR SEKOLAH

Oleh: MASTOPO SUMARJO


GEJALA merokok di kalangan pelajar sekolah menengah di Sandakan yang membabitkan perempuan dan lelaki semakin meresahkan para ibu bapa dan guru kerana semakin meruncing.

Para pelajar yang terbabit melakukan perkara tersebut secara terbuka tanpa segan silu di hadapan orang ramai di sekeliling mereka; terutama melepak dan ponteng sekolah sambil merokok di taman-taman bunga berhampiran dalam keadaan berpakaian seragam sekolah.

Boleh dikatakan 80 peratus pelajar perempuan yang membabitkan enam buah sekolah menengah kebangsaan di sini terlibat ketagihan rokok, terutama pelajar perempuan yang baru merangkak naik ke tingkatan 3.

Kegiatan songsang mereka ini boleh dilihat dengan ‘mata telanjang’ pada setiap hari Jumaat di Menara MPS sekitar jam 11.30 pagi kerana di situlah ramainya pelajar lelaki bercampur gaul dengan pelajar perempuan sambil menghembuskan kepulan asap rokok.

Seorang pelajar lelaki yang sempat ditemui oleh krew Sabahkini.net yang hanya mahu dikenali sebagai Rahmat, mengakui bahawa kalau mereka tidak merokok mereka tidak mempunyai idea untuk menghadapi pelajaran kerana yakin hanya rokok saja yang boleh membantu membuka minda mereka untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap mata pelajaran yang diajar oleh guru mereka.

Bagaimanapun, seorang pelajar perempuan, Su, menjelaskan merokok adalah trend terkini pelajar sekolah untuk kelihatan ‘bergetah dan bergaya’ kerana pelajar yang tidak merokok akan disisihkan.

Senario ini menyebabkan lebih 60 peratus pelajar perempuan di sekolahnya ketagih rokok.

“Kalau seorang perempuan macam kami ini merokok, membuatkan kami lebih mudak mendapat boyfriend yang macho dan kaya. Ibu bapa kami sporting, malah kami boleh berkongsi rokok dengan mereka,” ujar Su yang bangga sambil menghembuskan asap yang bergelung-gelung seolah-olah burung merak mengigal memikat jantan.

Tambah Su, ibubapanya terlalu memanjakan dan menyayangi Su dan bersedia memenuhi setiap keperluan Su termasuk memberikan wang dan tidak mengomel jika Su tidak pulang kerana bermalam di hotel dengan teman lelakinya.

Pendedahan Su mungkin ada kebenarannya kerana beberapa ibubapa yang ditemui mengomel tentang sikap anak-anak mereka yang suka memberontak jika dikongkong pergerakan mereka.

“Kalau anak-anak saya mahu jadi pencurikah, penagih dadahkah, dia mau bawa lelaki pulang ke rumah; walaupun belum kahwin tidur satu kamar, biarlah sajalah. Apa mahu bising-bising. Ini zaman ICT,” getus seorang bapa yang hanya mahu dikenali sebagai Zul.

Kata Zul lagi, ada ibubapa mereka sembahyang lima waktu tetapi anak-anak mereka berperangai seperti iblis; apatah lagi beliau yang hanya sembahyang setahun dua kali, tidak mampu menahan jika anaknya berperangai seperti syaitan atau Gundurowo.

Zul merungut kerana pelajar perempuan sekarang suka pakai seluar pendek sehingga nampak pejal punggung dan menjolok mata seperti perempuan GRO. Tidak ada gunanya memaksa mereka memakai pakaian yang bersopan jika kepala sahaja yang ditudung tetapi di bawah terdedah dan membuat maksiat secara terbuka.

Zul menyetujui pandangan Haji Andi Zakaria sebelum ini yang menjelaskan bahawa di Sandakan, surau dan masjid bercambah di sana sini, tetapi tahap maksiat di kalangan pelajar sekolah dan orang-orang dewasa sudah mencecah 90 peratus, namun tidak ada formula penyelesaiannya.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

inilah dunia sekarang! tidak lagi seperti dulu. masalah keruntuhan moral semakin merunsingkan. ini juga berpunca daripada sikap ibu bapa yang tidak mempedulikan anak2 mereka. ibu-bapa haruslah mendidik anak2 mereka agar menjadi insan yang berguna.

somboi berkata...

jika beginilah sikap ibu-bapa yang membiarkan anak2 mereka. maka akan musnahlah masa depan anak2 masa kini. adalah idak patut membiarkan anak2 mereka bebas kerana tak ingin melihat mereka memberontak. ibu-bapa seharusnya mengawal kegiatan anak2 mereka. mereka harus memberi contoh yang baik. didik anak2 dengan nilai2 murni dan agama.

tombolo berkata...

masalah ini semakin meruncing, semua pihak harus bekerjasama menangani masalah sosial ini. jika tidak akan hilanglah moral dan akhlak masyarakt.

2718 berkata...

jika tiada kawalan dari ibubapa, kerajaan patut ambil tindakan bagi mengekang gejala ini. orang luar atau pelancong peka dengan budaya kita dan kehadiran gejala seperti ini boleh menjejaskan imej malaysia. selain itu, jika tiada kawalan dari mana2 pihak, dikhuatiri remaja berkenaan akan terlibat dengan sebarang bentuk jenayah kelak.

2718 berkata...

kita perlukan belia cergas, cerdas dan pintar sebagai pemangkin kepada kemajuan dan kemakmuran negeri sabah di masa hadapan. mewujudkan masyarakat sihat perlu bermula dari bangku sekolah dan institusi kekeluargaan. diharapkan kerajaan akan memandang serius terhadap gejala ini.