| GURKHA.... Mampukah Rahim menjulang Shafie ke puncak kuasa dalam keadaannya yang kehilangan pengaruh akibat tidak mampu menjaga ikan di laut? Sampai bila Rahim akan menjadi Gurkha Shafie ketika Hajiji semakin jinak dengan tokoh kurang daripada lima kaki ini? Oleh: INTAN SURIANI MOHD AIDALA GEJOLAK politik Sabah semakin hangat berikutan penangkapan empat tokoh yang diwar-warkan sebagai kroni Ketua Menteri Sabah iaitu Andrew Lim, Freddy Lim, CL Tan dan Admond Looh yang disyaki terlibat dalam Skandal Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan; ekoran tertangkapnya Michael Chia Thien Foh di Lapangan Terbang Hong Kong pada 14 Ogos 2008. Sekalipun kesemua mereka dibebaskan semalam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum tamat tempoh tahanan reman selama lima hari, namun 14 orang Pegawai Kanan SPRM Putrajaya yang menyerbu pejabat Andrew dan Freddy Lim membawa lebih muatan semua fail penting yang dirampas daripada pejabat tokoh berprofail tinggi berkenaan. Dengan senarai ‘predator’ 20 orang lagi yang masih dirahsiakan, menjadikan politik Sabah diambang kocakan larva politik yang mencari ruang untuk meledak. Ekoran daripada senario yang menggemparkan politik Sabah ini, Naib Presiden UMNO Malaysia, Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal dijangka akan menggunakan kesempatan ini untuk menanam kembali pengaruh di Sabah setelah dilempar ke Kedah sebagai Ketua Perhubungan UMNO Kedah. Shafie sedar, walaupun beliau bukan Adun, namun beberapa formula boleh dikemukakan kepada ‘Big Brother’nya, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk melantak ‘paku terakhir’ ke ‘keranda’ politik Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, kerana ramai pemimpin politik Sabah yang selama ini Pro-Musa turut menggali ‘liang lahad’ untuk menyemadikan ‘jenazah’ politik Musa yang dijangka dipancung mati pada bila-bila masa. Ketua Bahagian UMNO Tuaran, Datuk Hajiji Haji Noor yang sebelum ini adalah ‘rakan yang makan sepinggan dengan Musa’ kini beralih ‘minum segelas’ dengan Shafie yang selama ini hanya mempunyai seorang pengikut setia iaitu Ketua Bahagian UMNO Papar, Datuk Abdul Rahim Ismail. Kerenggangan Hajiji-Musa dapat dilihat dengan begitu ketara kerana Hajiji tidak lagi menjadi pengiring Musa dalam majlis rasmi kerana tempatnya telah diambil alih oleh Penasihat Sains dan Teknologi, Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said yang sebelum ini merupakan ‘kembar siam Shafie’ yang berjaya dipisahkan Musa dalam ‘post mortem’ sebaik sahaja Salleh dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah. Perlembagaan Negeri Sabah yang masih mengamalkan ‘Sistem British’ memberi kelebihan kepada Shafie untuk dilantik sebagai Ketua Menteri kerana peruntukan Adun Lantikan masih digunapakai sekalipun kerusi DUN Sabah ditambah daripada 48 kepada 60. Kemungkinan formula ini tidak disukai Shafie kerana ‘Adun Kelas Kambing’ (Lantikan) mungkin sukar diterima di zaman ini, maka Shafie terpaksa menggunakan alternatif kedua iaitu memujuk Najib mengadakan pilihanraya kecil di Semporna dan bertukar tempat dengan Datuk Nasir Tun Sakaran. Sekalipun keputusan pilihanraya kecil Parlimen Sibu memihak kepada Pakatan Rakyat hanya dengan majoriti 398 undi, namun mampu memulihkan imej BN kerana Parlimen Semporna dan DUN Senallang adalah Kubu Kuat BN yang tidak pernah terlepas kepada pembangkang. Shafie boleh juga menggunakan saluran ketiga iaitu melantik ‘Ketua Menteri Dalam Transit’ bagi mengimbangi kebimbangan Najib terutama ketiadaan tokoh berwibawa untuk menggantikan Musa yang dilabelkan Shafie sebagai ‘Liabiliti’ kepada UMNO. Sekalipun mendapat jolokan ‘Regu Double S’ (Shafie-Salleh) sebelum ini, namun kecenderungan Salleh memihak kepada Musa Aman menyebabkan Shafie terpaksa ‘berkerat rotan dan berpatah arang’ dengan Salleh yang dilantik sebagai Penasihat Sains dan Teknologi kepada Musa Aman; apatah lagi slotnya sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah diisii Salleh setelah beliau dilemparkan ke Kedah. Hanya seorang tokoh penting yang bersemadi di kepala Shafie, Datuk Abdul Rahim Ismail yang selama ini begitu setia kepada Shafie serta mempunyai daya tahan, daya juang yang tinggi dan terus patuh kepada arahan Shafie sekalipun digugurkan Musa daripada Kabinet Negeri pada pilihanraya umum lalu. Dendam kesumat Rahim terhadap Musa Aman mungkin terbalas sekiranya dipilih Shafie dan direstui Najib, apatah lagi dalam keadaan Datuk Hajiji Haji Noor tidak mampu membela diri kerana mungkin dimanipulasikan oleh seterunya berhubung beberapa skandal yang belum terdedah kepada umum. Kepimpinan Rahim dalam politik sememangnya terserlah kerana beliau bukan sahaja berwibawa tetapi juga masih mendapat tempat di hati para pengundi yang berbilang kaum; terutama mengangkat semula martabat masyarakat keturunan Brunei yang dipinggirkan Musa Aman sejak pilihanraya umum lalu. Sebelum pilihanraya umum 2008, Rahim telah diwar-warkan sebagai salah seorang tokoh paling layak menggantikan Musa Aman yang terjerat oleh beberapa Skandal; namun berjaya dihidu Musa sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang Pro-Musa membatalkan ‘niat jahat’ Shafie untuk menguasai Kerajaan Negeri Sabah melalui proksinya, Rahim Ismail. Dendam Musa terhadap Rahim begitu ketara kerana Datuk Karim Bujang juga turut menjadi mangsa percaturan politik Musa Aman semata-mata kerana Karim ipar Rahim Ismail; hanya ditawarkan jawatan Pembantu Menteri sekalipun sudah empat penggal Karim diberi peranan berkenaan; menyebabkan Karim mengambil keputusan untuk menolak perlantikan tersebut. Rahim yang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang baru, berkuat kuasa pada 2 Ogos 2008 merupakan mantan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah selama dua penggal sebelum digugurkan daripada Kabinet Musa pada 2008. Persoalannya, mampukah Rahim mengumpul pengaruh dalam masa yang singkat dan menonjolkan kewibawaannya menggelincirkan pengaruh politik Musa Aman yang sudah berakar umbi di kalangan ADUN PPRT di dalam Dewan Undangan Negeri Sabah kerana selama ini, mereka menjadi peminta sedekah daripada Musa dan bukannya penyumbang utama kepada Kerajaan Negeri Sabah? Jika Rahim gagal, maka Shafie terpaksa memilih untuk mewujudkan ‘Kerajaan Boneka’ di Sabah mengulangi sejarah ketika Tun Sakaran Dandai menjadi Ketua Menteri Sabah di bawah sistem ‘Merry Go Round’ yang ditamatkan sebaik sahaja Musa Aman menjadi Ketua Menteri pada 1 April 2003. Kerajaan Sakaran lemah kerana “terpaksa bertanya Kuala Lumpur sebelum berkentut” (Kata Allahyarham Abdul Malek Chua) dan terpaksa ditadbir urus di belakang tabir oleh Shafie Apdal dan ipar duainya, termasuk Jihek Basanu yang kaya raya kerana menjadi ‘Badut’ Politik di Jabatan Ketua Menteri. Namun dalam keadaan masih terkesima dengan keputusan pilihanraya kecil Sibu yang memihak kepada DAP, Najib mungkin menangguhkan hasrat Shafie untuk memulakan ‘Kudita’ (Coup-de-taat) dalam masa yang singkat bagi memulihkan kembali jentera BN; untuk menghadapi kemungkinan berlakunya pilihanraya kecil di Sabah terutama di Libaran, Tempasuk dan Senallang; sekalipun kesemua kawasan ‘hot spot; ini merupakan kubu kuat BN Sabah. |
HALAMAN SANTAI
Selasa, 18 Mei 2010
MAMPUKAH SHAFIE MEMAKU KERANDA POLITIK MUSA?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
19 ulasan:
begitu banyak kabar angin mengenai mengenai Ketua Menteri sabah. Musa aman merupakan Ketua Menteri paling berwibawa dan berjaya dalam sejarah politik Sabah, ini adalah proganda pihak-pihak yang irihati dan ingin untuk menjahanamkan masa hadapan dan pengaruh politik beliau. lagipun tidak diketahui sejauhmana kebenaran perkara ini.
khabar angin seperti ini adalah untuk cuba memanipulasikan persepsi masyarakat terhadap kewibawaan pemimpin2 kita...tiada sebarang fakta yang kukuh untuk menyokong khabar angin ini...diharap masyarakat tidak terpengaruh dengan khabar angin yang seperti ini...
terlalu banyak berita politik sabah seperti ini yang belum tahu lagi sejauhmana kebenarannya.. kita hanya mendengar kabar angin yang tidak diketahui dari mana sumbernya.. Musa Aman telah byak melakukan pembangunan terhdap negeri sabah.. diharap kita sabagai rakyat dapat menilai sendiri perkara ini dengan baik..
ini adalah desas-desus yang kita denanr mengenai politik di sabah. tidak diketahui sejauhmana kebenarannya..tunggu dan lihat sajalah.
selagi tiada tindakan undang2 terhadap KM sabah selagi itu beliau tidak bersalah dan segala tuduhan adalah fitnah untuk menjatuhkan beliau semata2.
masih ramai rakyat yang mengakui kewibawaan KM sabah. saya pasti masih ramai rakyat yang berpihak kepada Musa berbanding dengan Shafie walau apa cara sekalipun lontaran fitnah terhadap beliau.
saya harap isu seperti ini dihentikan dan beri peluang kepada isu2 yang lebih membina untuk diperbincangkan. ini boleh memberikan gambaran buruk kepada orang luar berkenaan dengan ketidakstabilan politik di malaysia.
Betulkah Shafie yang beria-ia mahu menjadi CM sebab beliau telah dilemparkan sebg ketua pemuda UMNO Kedah? Sebenarnya saya pernah bercerita dengan orang Semporna sendiri bahawa Semporna belum pernah berubah wajah sejak DUN mereka Shafie. Mereka di Semporna sebenarnya iri hati dengan perkembangan bandar2 lain di Sabah dan mereka sebenarnya ingin melihat Semporna semaju bandar2 lain...dan mereka kecewa menunggu sejak sekian lama. Harap wakil rakyat terbabit mendengar keluh kesah penduduk Semporna ini...
pemimpin unggul sukar dicari...yang ada selalu difitnah dan banyak khabar angin dilemparkan sehingga boleh menjejaskan nama baik...biarlah rakyat yang memilih. Biarlah yang jadi CM mengikut proses yang adil dan betul.
Bukan senang jadi seorang pemimpin. Cerita beginilah yang mampu menewaskan pemimpin tersebut dari jawatan yang disandang. Harap2 cerita seperti ini hanyalah khabar angin sahaja.
aiks naaa, makin banyak pula cerita panas yg dikaitkan dgn MA ni.. hhhmmmm.. hairan, hairan..
ni mesti ada udang di sebalik mee ni :P
hehhee
adalah ba tu individu yg tak puas hati dgn CM kita..
Cemburu tahap dewa kot.. hehhee
Btl karaabau.
Susah mahu kawal gosip ba.. Sebab tu masyarakat memainkan peranan penting utk buat analisis secara matang & tak mudah terpengaruh sekiranya blm ada bukti kukuh.
Biasalah somboi.. Dekat da pru13 ba, tu lah banyak desas desus tu. hehhehe
Betul tu 2718.. gosip sebegini hanya rosakkan nama baik sabah. Malah tak mustahil juga kalau terus berpanjangan akan beri kesan terhadap eko sabah. hhhmmmm
So, harap2 gosip ni tamatlah segera.
hehe...saya rasa la, isu ini sengaja dipertontonkan kepada umum untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap Musa Aman, Ketua Menteri Sabah demi kepentingan sesetengah pihak...permainan politik bah...
Mampu tidak mampu bukan persoalan.. yang menjadi persoalan adalah layakkkah shafie apdal untuk meyandang jawatan KM?
mampukah shafie memegang tanggungjawab sebagai CM sedangkan sekolah2 di semporna masih ada yang seperti pondok buruk.. mungkin rakyat yang akan memaku perjalanan politik shafie.
apa2pun ikutlah prosedur perlantikan yang sudah ditetapkan. jangan merayu dengan orang atasan.. saya harap malaysia mampu membuat keputusan yang adil dengan melantik berdasarkan kualiti kepimpinan dan prestasi bukan yang berjaya menjatuhkan pihak lain..
Catat Ulasan