|
Menurut Presiden DPMM Syed Ali Alattas, ke semua 70 organisasi yang menghadiri sesi konvensyen selama dua hari itu bersetuju agar cadangan memperkasa dan mentransformasi Mara diberi pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan dan dilaksanakan.
"Di dalam menghadapi fenomena keusahawanan era Model Baru Ekonomi (MBE), kami berharap semua resolusi ini, termasuk memperkasakan MARA dapat diberi pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan,” katanya pada majlis penutup Konvensyen itu.
Katanya keperluan menaik taraf MARA itu penting kerana ia merupakan agensi kerajaan yang mempunyai akta-akta tertentu yang menjurus kepada mewujud dan menambah usahawan di kalangan Bumiputera bukan sahaja dari segi bantuan kewangan termasuk latihan dan pendidikan di peringkat sekolah dan universiti.
Sebanyak 70 organisasi termasuk badan bukan kerajaan seperti Persatuan Kontraktor Melayu, Persatuan Peniaga-peniaga Kecil Melayu dan Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia serta wakil syarikat berkaitan kerajaan, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta menghadiri konvesyen ini.
Antara resolusi yang dicadangkan adalah penubuhan “National Employment Institute” yang diharapkan dapat menghasilkan satu standard yang tinggi dalam bidang perundingan dan kajian serta penubuhan Bank Sosial Islam atau ”Qardhul Hassan” dan Bank Model Ekonomi Baru bagi mengatasi masalah Bumiputera dan kaum lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan