TV SELANGOR
Kenyataan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah harus dilihat sebagai bersifat menyeluruh untuk semua pimpinan dan ahli parti dari setiap garis politik.
Anggota Lajnah Politik PAS Pusat, Khalid Samad, menyatakan beliau dan Parti Islam Se-Malaysia menyokong penuh titah Sultan Selangor sebagai bertepatan dan wajar.
Khalid Samad juga menyifatkan tidak ada perseteruan atau percanggahan antara monarki Selangor dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau berkata pendapat kedua-dua tokoh negara ini adalah sama, iaitu masjid tidak sewajarnya dipolitikkan bagi tujuan sempit dan kepentingan pihak tertentu.
Malah masjid sewajarnya diangkat semula sebagai wadah menyampaikan kebenaran mesej Islam iaitu keadilan, pencerahan ilmu dan kesaksamaan kaum di mata Allah.
"Saya menyokong penuh titah sultan selangor yang selangor tak jadi medan politik pecah belah, caci, fitnah dan sebagainya," tegas Khalid.
Khalid menyifatkan media arus perdana mensensasikan situasi Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor lepas, lalu mengambil kesempatan dari titah Sultan Sharafuddin untuk menyelar Menteri Besar Kelantan itu sebagai penderhaka.
Bagi Pakatan Rakyat, kedudukan Sultan Sharafuddin sebagai Ketua Islam dan Ketua Negeri Selangor harus diangkat mengatasi kancah politik bawahan.
Beliau berkata,"Ianya bukan kenyataan yang bercanggah tapi dicanggahkan oleh media untuk melihat seolah kenyataan nik aziz dan sultan bercanggah satu sama lain.."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan