Dzulfikar Mashoor |
PETALING JAYA: Polis sekali lagi menangguhkan niat untuk merujuk mereka yang menyertai nyalaan lilin anti ISA 1 Ogos lalu ke Mahkamah Majistret di sini pagi tadi. Menurut Setiausaha Gerakan Mansuh ISA (GMI), E. Nalini ketetapan tersebut dimaklumkan pada 30 aktivis yang terbabit. "Pagi tadi baru maklum, Polis mengarahkan kami ke sini (IPD Petaling Jaya). "Mungkin sambung ikat jamin," ujarnya yang juga Koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram), iaitu badan bukan kerajaan berkaitan hak asasi manusia. Ujarnya lagi, pegawai terbabit memberitahunya bahawa ASP Azaidi Abdul Talib, pegawai penyiasat (IO) lebih lima kali menghubungi timbalan pendakwa raya (DPP) supaya pendakwaan boleh dibuat 9.30 pagi tadi. Tetapi, katanya lagi, pegawai terbabit memaklumkan bahawa DPP mempunyai urusan yang lebih penting di Putrajaya. Sambil menyifatkan polis tidak mempunyai bukti yang cukup untuk mendakwa mereka, beliau menegaskan bahawa polis tidak perlu membeli masa dengan mengarahkan satu lagi sambungan ikat jamin. Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi GMI pula berkata, polis akan tetap mendakwa mereka yang terbabit di mahkamah. "Dia (pegawai) kata polis akan tetap dakwa, sebab ditahan itu Syed Ibrahim," ujarnya ketika ditemui kemudian. Didapati, kesemua mereka hadir untuk sambung ikat jamin, kecuali Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia. Dalam perkembangan berkaitan, didapati polis masih belum bertindak susulan ke atas mereka yang di tahan pada perayaan yang sama di Ipoh dan Georgetown. Nyalaan lilin anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran GMI, parti-parti oposisi serta beberapa NGO tersebut sebagai membantah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri kerana mempertahan akta berusia 50 tahun walaupun nyata bertentangan dengan prinsip demokrasi dan hak asasi manusia. |
HALAMAN SANTAI
Rabu, 1 September 2010
ISA: Polis tak dakwa, sambung ikat jamin
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan