HALAMAN SANTAI

Ahad, 5 September 2010

Kit Siang Desak Najib Tangani Sikap Rasis Secara Saksama

TV SELANGOR

Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang mendesak Perdana Menteri Najib Abdul Razak menangani sikap rasis kerajaan yang pantas bertindak terhadap penyanyi rap Wee Meng Chee, tetapi gagal menunjukkan kesungguhan yang sama terhadap dua pengetua sekolah yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Kit Siang mempertikaikan sikap berat-sebelah pihak berkuasa yang menyoal siasat Meng Chee selama 10 jam berhubung video kontroversi beliau, namun menunjukkan kelonggaran dalam menangani kes pengetua rasis.

Semalam Meng Chee, atau lebih dikenali sebagai Namewee disoal lebih tujuh jam oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, tiga hari selepas beliau disoal-siasat selama tiga jam oleh pihak berkuasa.

Sebaliknya, dua pengetua yang dituduh mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman tidak ditangani dengan ketegasan sedemikian rupa.

"Dua pengetua di Kulai dan Bukit Selambau, yang mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman terhadap pelajar-pelajar bukan Melayu, tidak dihukum sebegitu rupa, sedangkan video Meng Chee itu dibuat sebagai bantahan anti-perkauman terhadap dua insiden itu," - Lim Kit Siang.

Lim juga melahirkan dukacita dengan kenyataan dari Jabatan Perkhidmatan Awam yang mengumumkan surat tunjuk sebab akan diserahkan kepada pengetua Siti Inshah Mansor dari Kulai jika benar beliau telah menghina etnik pelajar-pelajarnya.

"Tiga minggu telah berlalu sejak insiden di Kulai pada 12 Ogos. Apakah terlalu susah untuk mendapatkan fakta dan kebenaran berhubung insiden ini?" soal Kit Siang.

Siti Inshah dituduh memberitahu pelajar-pelajar berbangsa Cina di sekolahnyan supaya balik ke China, dan menyamakan resam pelajar beragama Hindu menyerupai sejenis binatang.

Tindakannya itu mengundang kemarahan pelbagai pihak, dan kebisuan kerajaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak dalam isu ini mendorong Meng Chee untuk menghasilkan klip video 'Nah!'.

Meng Chee mengkritik sikap rasis yang ditunjukkan Siti Inshah, dan menyokong agenda 1Malaysia yang dicanang Najib, tetapi beliau pula yang disiasat pihak berkuasa.

"Kemana ikrar Najib dan slogan 1Malaysia ketika wujudnya layanan yang jauh berbeza antara Meng Chee dan dua pengetua itu?" .

Tiada ulasan: