Semakin hari semakin tidak keruan apa yang diperkatakan bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamed, konon Melayu bakal kehilangan kuasa dan suara jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini.
Dalam satu kenyataan terbarunya kepada media Umno-online, beliau telah mula bersandiwara demi menyelamatkan Umno yang semakin terhakis sokongan daripada kaum Melayu.
Laporan media Umno itu semalam, Mahathir menyatakan, jika Pakatan Rakyat menguasai kerajaan pusat, tuduh beliau, yang akan menguasai kerajaan ialah bukan Melayu kerana Melayu hanya sekadar ketua. Beliau telah mengambil bukti yang tak kukuh apa yang berlaku di Perak, kononnya MB Perak ketika PR kuasainya iaitu Nizar adalah semata-mata MB tetapi yang menguasainya DAP. Dengan kata lain, Nizar dianggap beliau hanya boneka DAP.
Nak bodohkan orang kampung bolehlah. Tapi orang yang tahu perkara sebenar, sorrylah Tun. Ini bukan zaman Tun jadi PM.
“Kita lihat Nizar di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan dari DAP sehingga dia jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN menjatuhkan kerajaan Cina, “ tuduh Mahathir.
Cakap dengan orang Umno bolehlah nak kelentong apa pun, sebab puak-puak Umno memang suka dikelentong pun. Dari dulu sampai sekarang, juak-juak tu memang buat bodoh aje bila kena kelentong. Semuanya ‘Yes bos’.
Pi lah tanya orang Perak yang bukan bias Umno, adakah Melayu kena halau dek Pakatan Rakyat (PR) menguasai kerajaan? Berapa ramai dah orang Melayu kena halau? Berapa banyak dah rumah orang Melayu kena roboh? Kalau tak tahu jangan main redah aje.
Walau takut sekali pun, jangan sampai melakukan kurafat yang nyata, konon Melayu berdiri hanya kerana Umno. Sejak bila pulak Melayu menjadi hebat ketika Umno memerintah?
Cuba fikir dengan otak sikit. Kalau ikut logik akal, boleh dikatakan Melayu sudah kuat dan mantap kerana sudah 53 tahun negara kita merdeka, tak pernah pun parti lain yang memerintah negara ini melainkan daripada Perikatan dan Barisan Nasional (BN).
Yang menguasai BN ialah Umno secara luarannya (kerana Umno pengecut dengan MCA dan MIC, ikut aje apa yang dituntut oleh komponen BN itu), tetapi penulis WarkahDaily mahu bertanya, di mana dah tahap kedudukan orang Melayu sekarang? Dah berapa ramai dah orang Melayu berjaya di mata dunia? Dah berapa ramai dah anak orang Melayu yang kaya-raya? Paling mudah, dah berjaya ke Melayu semenjak 53 tahun berada di bawah pemerintahan Umno-BN?
Sepatutnya selama 53 tahun itu, Melayu sudah menjadi hebat bukan merempat seperti sekarang.
Adil ke, Melayu Perak terpinggir sekarang kerana tak sampai sepenggal Pakatan Rakyat melalui MBnya daripada PAS memerintah?
Usah jadi bodohlah. Melayu sekarang bukan Melayu ketika Tun menjadi PM begitu senang untuk dicucuk hidungnya. Sekarang semuanya sudah boleh berfikir dengan waras. Walaupun penulis tidak nafikan akan sumbangan 20 tahun Tun sebagai PM tetapi yang perlu dipersoal, apa yang Tun dah buat dengan orang Melayu selama pemerintahan Tun hingga kedudukan Melayu tak sampai ke mana?
Tak kan selama 20 tahun memerintah, Tun hanya boleh melahirkan dua tiga kerat kroni dari kaum Melayu untuk berjaya? Tapi selain dari itu, di mana kedudukan orang Melayu?
Yang tiada tempat tinggal berapa keluarga? Yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang berapa ramai? Yang mengharapkan simpati JKM berapa ramai? Yang duduk pusat serenti berapa ramai? Yang rosak moralnya berapa ramai? Yang duk buang anak selama ini berapa ramai? Paling dahsyat, yang murtad berapa ramai?
Semua itu siapa? Bukan ke Melayu? Habis, kalau Melayu, siapa pula yang memerintah ketika ini? Pakatan ke BN? Celik mata luas-luas sikit.
Kalau ikut realiti, Umnolah pengkhianat dan memundurkan orang Melayu. Cuba lihat di bandar-bandar, orang Melayu sedikit demi sedikit dihalau oleh kerajaan Umno-BN. Kedai-kedai kecil orang Melayu yang mahu bertapak di bandar terus ditekan atas nama pembangunan.
Tapi cuba lihat bagaimana kedai-kedai orang Cina di bandar-bandar dan pekan-pekan, tiada sedikit pun gangguan yang mereka hadapi. Walaupun kedai-kedai mereka itu lebih buruk dari kedai orang Melayu, tetapi masih dipertahankan mereka untuk kekal di kawasan berkenaan. Siapa yang benarkannya?
Kerana tekanan MCA lah, Umno terus membenarkannya terjadi. Usah tanya orang kampung, tetapi tanya yang berada di bandar atau pekan. Mereka ini tahu kerajaan Umno-BN membela siapa berbanding kaum sendiri.
Jangan pulak PR dituduh bukan-bukan. Jangan cakap benda yang belum pasti lagi, sekadar andaian tanpa kajian yang teliti, tanpa ada rasa tanggungjawab. Tuduhan itu sekadar ingin mempertahankan kuasa Umno yang semakin terhakis.
Sekarang Melayu hancur kerana tangan-tangan ghaib orang Umno yang hanya berani menindas kaum sendiri. Kalau kaum sendiri yang terkena bala, segala bantuan atau sumbangan dilambat-lambatkan, malahan jika ianya dari seteru politik, usah nak bagi, pandang pun tidak. Tapi bagaimana kalau yang terkena musibah itu adalah kaum selain dari Melayu. Serta merta jentera dan jabatan kerajaan dikerah untuk memberi bantuan. Semuanya kerana kepentingan politik murahan Umno.
Tapi sekarang, bila Umno nak pupus dan bimbang Umno hilang kuasa, Mahathir terpaksa menggunakan senjatanya iaitu kaum Melayu. Tidak ubah seperti mahu mengugut orang Melayu supaya tidak berpaling dari Umno yang sentiasa mengkhianati Melayu selama ini.
Sekarang Melayu sudah tahu siapa yang khianati mereka. Umno dah tua, dah sampai masanya berhenti rehat dan bagi laluan kepada PAS untuk menggantikannya.
Fikir logik, jika Melayu semuanya memberi sokongan penuh kepada PAS, Melayu tetap majoriti dan terus menguasai politik tanah air. Bahkan lebih baik lagi jika PAS yang menguasainya kerana sudah pasti Islam juga terbela dengan PAS. Islam belum pasti lagi terbela dengan Umno yang hanya mementingkan Melayu berbanding Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan