HALAMAN SANTAI

Rabu, 1 Jun 2011

Dasar biasiswa JPA tahun depan dikaji semula



Anugerah biasiswa JPA sekarang telah menjadi kontroversi tahunan. — Foto Reuters


KUALA LUMPUR — Ekoran kontroversi “tahunan yang berlarutan”, Kabinet akan mengadakan kajian semula menyeluruh terhadap proses menganugerah biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kata Datuk Seri Nazri Aziz hari ini.

“Tahun depan, Kabinet akan mengkaji semula dasar-dasar pengagihan biasiswa JPA. Satu polisi baru akan diumumkan selepas Kabinet membincangkan perkara itu,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini kepada pemberita di sini hari ini.

Nazri juga berkata pengumuman akan dibuat tahun ini, tetapi beliau enggan memberikan butiran susulan.

1 ulasan:

NuA berkata...

aku sangat sedih ble dapat tau yg kroni2 org kerajaan, bapak pengarah dahsyat kat gov, makcik ade link dengan menteri itu ini, jawatan besar sume dapat jpa. Xpayah menipu la aku pun sekarang study kat UK itu pun alhamdulillah aku dapat potongan yuran setengah dr yang sepatutnya aku kene bayar sebab dapat cemerlang masa dgree dlu kat 1 ipta ni.

Sampai je kat UK hari tu dah raye haha. So aku pun pergi la reunion melayu2 utk raye ni. aku pun tanye2 dorg, mcm mane korg dapat jpa?
siap ade yang jawab, kebetulan bapak aku pengarah agensi ni(xbole sebut nnt bahaye) then lagi sorg pulak, abang aku baek dgn menteri ni, menteri tu. hampir 60% budak2 yg dtg sini dpt biasiswa JPA adelah anak org jutawan n kaye raye.Bukan tu je, kat rumah dorang ade tv yg 52 inch yg hrg £700 n majoriti ade kereta hahaha yela kan, duit jpa buat joli g clubbing stripping club,g mabuk2 xpuase, enjoy , shopping sume duit mak bapak dorg kasi, yang duit jpa??
simpan n joli lagi.

tahniah jpa anda mmg suke sume org "kiss ass" anda.
Tp papepun aku harap lepas ni JPA ubah la, semoga dengan ni beratus2 anak bangsa yang patutnye layak terima jpa diberi peluang sebab mereka lebih layak.

assalamualaikum