HALAMAN SANTAI

Selasa, 21 Jun 2011

Dokumen Harapan Baru tuntut mahasiswa berubah

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Dokumen Harapan Baru Mahasiswa Malaysia bakal menyuntik kesedaran di kalangan mahasiswa selaku tonggak masa depan negara bangkit menuntut perubahan dan keadilan demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

Pengarah Biro Mahasiswa AMK, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, dokumen yang bertemakan 'Demi Rakyat: Mahasiswa Bangkit' itu telah dilancarkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dalam Himpunan Mahasiswa pada Ahad lepas di Kajang.

Katanya, dokumen yang mengambil semangat Buku Jingga dirangka melalui proses wacana meja bulat bersama mahasiswa dan pihak pimpinan Angkatan Muda Keadilan di bawah Biro Mahasiswa AMK.

Menurutnya, hasil Pendekatan 'bottom-up' ini memberikan fokus kepada enam isu utama yang melibatkan Kebebasan Universiti, Auku, PTPTN, biasiswa, peluang pekerjaan dan isu kemudahan asas mahasiswa.

“Dokumen ini memberikan satu harapan dan jawapan kepada masalah-masalah yang membelenggu mahasiswa,” ujarnya.

Belau berkata, Angkatan Muda Keadilan komited untuk merubah dasar pengajian tinggi dengan mandat yang bakal diberikan di peringkat persekutuan dalam PRU ke 13 akan datang.

Katanya lagi, Dokumen Harapan Baru Mahasiswa Malaysia di bawah anjuran Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia ini akan mencetak dan diedarkan di kampus-kampus seluruh Malaysia termasuk awam dan swasta dengan anggaran 1,000 cetakan setiap kampus.

Tiada ulasan: