HALAMAN SANTAI

Rabu, 1 Jun 2011

MP lancar petisyen bantah konsert MTV

Fadzly Esa


Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini melancarkan petisyen mengumpul tandatangan penduduk membantah penganjuran konsert MTV World Stage yang akan diadakan di I-City Shah Alam pada 24 Julai ini.

orange book forum klscah 250111 khalid samadKatanya, petisyen itu akan diserahkan kepada pejabat menteri besar Selangor dan datuk bandar Shah Alam pada akhir bulan ini.

"Kita dah buat surat bantahan akan diserahkan kepada menteri besar, datuk bandar, seluruh ahli majlis dan pihak pengurusan I-City Shah Alam dalam masa terdekat.

'Selain itu, kita akan turun ke surau, masjid dan persatuan penduduk untuk mendapatkan tandatangan. Kita minta sekiranya nak diadakan konsert sekalipun, sila buat dekat Stadium Bukit Jalil, jangan buat dekat sini," katanya pada satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.

Dalam sidan media yang sama, ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail berpendapat sekiranya konsert itu diadakan semata-mata untuk publisiti dan mempromosikan I-City Shah Alam, ia sudah bertentangan daripada tujuan asal.

NONEDitanya sama ada bantahan mereka memberi kesan negatif terhadap pelancongan di Shah Alam, Rodziah (kanan) menafikannya.

"Saya rasa itu sudah cukup dengan publisiti yang ada tetapi tidak memadai dengan mengadakan konsert hiburan kerana kita memang tak boleh tampung dan kena hormat masalah dihadapi penduduk sekitar," katanya.

Rodziah yang juga exco jawatankuasa tetap kebajikan, hal ehwal wanita, sains, teknologi dan inovasi selangor berkata, sudah beberapa kali mereka mengemukakan bantahan berhubung gangguan kepada penduduk setiap kali aktiviti hiburan diadakan.

"Bukan hari ini kita buat petisyen, dahulunya mereka membuat program hiburan (dengan) alasan memperkenalkan kawasan kepada orang ramai. Sekarang dah dua tahun, cukuplah itu, dah kena kembali kepada konsep asal," katanya.

Tiada ulasan: