HALAMAN SANTAI

Rabu, 1 Jun 2011

Skim baru miliki tanah di Selangor

Salhan K Ahmad


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan satu skim baru bagi memudahkan rakyat Selangor memiliki hartanah di atas tanah kerajaan.

Katanya, skim yang berkuatkuasa hari ini, membolehkan rakyat Selangor menjadi pemilik hartanah yang sah dengan hanya membayar pendahuluan premium sebanyak RM1,000.

"Skim ini hanya ditawarkan kepada satu pegangan hak milik persendirian sahaja dan tidak boleh dipakai untuk hartanah komersil," katanya pada satu sidang media di Shah Alam hari ini.

Menurut beliau, skim ini akan melengkapi skim pemberian geran melalui pembaikan sistem pemilikan tanah.

"Pejabat daerah akan mengenalpasti rakyat yang tinggal di tanah TOL (lesen penempatan sementara) lebih dari 10 tahun untuk beri hakmilik kekal dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

"Skim ini boleh dipakai untuk permohonan pemberimilikan baharu, pemberimilikan disebabkan oleh tamat tempoh pajakan, lanjutan tempoh pajakan dan pemutihan langgar syarat kegunaan tanah.

"Bagaimanapun, pindahmilik melalui mahkamah, turunmilik dan pewarisan adalah dibenarkan," katanya lagi.

Tiada ulasan: