HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 September 2011

Anwar: Terima kasih banyak, Utusan

Hafiz Yatim

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekadar ketawa hari ini apabila ditanya berhubung dakwaan bahawa ejen beliau telah diserap ke dalam badan strategik kerajaan untuk menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Dengan berseloroh, Anwar berkata dakwaan yang disiarkan Utusan Malaysia itu merupakan satu pujian kepadanya.

"Terima kasih banyak-banyak, Utusan! Setiap hari mereka serang Anwar, (tapi) Anwar tidak nafi atau jelaskan. Tidakkah itu menarik?"

Katanya lagi, beliau tidak membaca akhbar berkenaan dan tidak mengambil serius dakwaan yang ditimbulkan itu.

Ejen berkenaan didakwa menyalurkan maklumat sulit mengenai Najib kepada pihak pembangkang, termasuk butiran tentang lawatan rasminya ke luar negara dan cuti peribadinya, dakwa akhbar berbahasa Melayu itu.

Bagaimanapun, akhbar itu tidak menyatakan nama sebarang badan kerajaan terbabit.

Dakwaan berkenaan ditimbulkan dalam tulisan bertajuk 'Musang berbulu ayam dalam badan-badan strategik kerajaan?' yang disiarkan hari ini, editor kanan Utusan, Datuk Zaini Hassan.

Zaini mendakwa mendakwa beliau telah menerima maklumat mengenai dakwaan tersebut.

Tiada ulasan: