HALAMAN SANTAI

Jumaat, 30 September 2011

PM: Usahawan Melayu jangan laung hak saja

Salhan K Ahmad


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyeru golongan usahawan Melayu supaya tidak bergantung kepada perlindungan kerajaan semata-mata dalam mencapai kemajuan.

najib, majlis tindakan ekonomi melayu bersatuBerucap merasmikan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) di Serdang malam ini, Najib berkata, sebaliknya, golongan berkenaan perlu bergantung kepada kemampuan diri masing-masing agar bermaruah dan dihormati.

"Jangan laungkan hak saja, tapi lebih penting apa yang kita hendak lakukan dengan kuasa politik yang ada pada hari ini dengan wujudnya Umno.

"Apa yang kita hendak buat untuk tambah kekayaan?," tambahnya.

Najib sebelum ini telahpun menyebut mengenai kuota bumiputera yang sedikit demi sedikit akan dihapuskan.

Dalam ucapannya hari ini, beliau cuba meyakinkan bahawa kerajaan tetap akan tetap memastikan hak golongan itu dapat disalurkan secara adil.

najib launches mtem"Kerajaan putuskan, bila umum projek MRT, kita pastikan sebanyak 43 peratus daripada nilainya kita hendak beri kepada syarikat bumiputera.

"Kita tak ambil pada orang lain. Kita cetuskan projek baru supaya orang tidak rasa kita rampas hak orang lain supaya pembahagian saksama," katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan golongan berkenaan supaya terus menjalinkan kerjasama erat dengan kerajaan.

"Sebab masa depan tuan-tuan berkait rapat dengan untung nasib kerajaan.

"Kalau hendak bergantung harap, tuan-tuan dapat bergantung harap pada kerajaan yang ada sekarang," tambahnya.

Najib juga berkata, penubuhan MTEM merupakan salah satu jalan kepada usaha kerajaan untuk membuat perubahan dalam meningkatkan hak upaya golongan Melayu.

najib mtem"Tidak boleh serahkan kepada kerajaan saja... Kita sebagai NGO mesti bangkit, berani tuntut perubahan dan apa yang patut diberikan.

"Perubahan dituntut sebab persekitaran berubah. Kalau bergantung kepada perlindungan (kerajaan), tidak boleh jamin kelangsungan kita," katanya lagi.

Terdahulu, pengerusi penganjur pelancaran berkenaan, Rizal Faris Mohideen berkata MTEM ditubuhkan untuk menyatu NGO ekonomi Melayu dan golongan usahawan daripada kelompok kaum berkenaan.

Gabungan NGO tersebut mensasarkan untuk menggabung 100 buah organisasi dan menarik sejuta orang ahli.

Tiada ulasan: