KOTA BHARU - Mungkin ada yang merasa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesaorangan dalam memperjuangkan undang-undang syariah kali ini tetapi sebenarnya tidak.
Sekurang-kurangnya 561,047 orang sentiasa mengikuti beliau dalam bentuk fan dalam Facebook Menteri Besar Kelantan itu.
Dan yang menariknya, dalam satu posting mengenai hudud yang dibuat dalam facebooknya, beliau menerima 4,536 komen untuk posting itu sahaja.
9,146 pula menyatakan 'like' (suka) kepada posting itu manakala 3,054 orang pula membuat 'share' (kongsi) posting itu dalam facebook mereka.
Posting itu berbunyi:
KARIKATUR UTUSAN MALAYSIA HARI INI: Aduhai Utusan Malaysia, akhbar yang mengaku membela Melayu dan Islam.. Sedarkah apa yang anda lakukan? Di mana batasan anda bermain politik sehingga perkara yang jelas nasnya di dalam al-Quran pun anda ingin permainkan??
Wahai umat Islam... wahai PERKASA... wahai para mufti... wahai NGO Melayu/Islam.. wahai para ulama dan ulama muda UMNO... tidak jelaskah ini sebagai menghina perundangan Islam?
Kebanyakan komen yang diberikan adalah menyokong penyataan beliau itu dan bersetuju bahawa Utusan telah menghina perundangan Islam.
Dalam posting berikutnya, Nik Aziz menulis, beliau jarang membaca Utusan Malaysia.
"Bagi saya ia lebih kepada surat pekeliling Umno. Pagi ini saya ditunjukkan lakaran kartun yg disiarkan semalam, memperlekehkan kalimah hudud.
"Saya tidak mahu mengulas panjang, cukuplah saya katakan, padanlah dengan tahap pemikiran sidang pengarang Utusan Malaysia...," katanya.
Posting ini sehingga berita ini ditulis telah diberikan komen sebanyak 367 kali dan dishare oleh 134 orang. - Harakah Daily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan