HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 September 2011

Pindaan undang-undang bagi perkasakan Parlimen

Hazlan Zakaria


Satu rang undang-undang sedang digubal untuk pembaharuan dan memperkasakan sistem parlimen Malaysia yang dianggap sudah 'ketinggalan zaman'.

parliament opposition mps dispute najib budget 051108 wan junaidiTimbalan speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sistem sekarang yang tidak berubah sejak dikanunkan oleh British pada tahun 1956, dianggap lapuk jika dibandingkan dengan badan-badan perundangan yang serupa berasaskan model Westminster.

"Oleh itu, kita jauh ketinggalan untuk merealisasikan peranan kita sebagai pengimbang kuasa pihak eksekutif dan juga tafsiran kehakiman,” katanya pada satu forum di bangunan Parlimen hari ini.

Ini, katanya, telah mengakibatkan Parlimen menjadi hanya alat kepada kerajaan yang memerintah yang mirip kepada "pemerintahan diktator yang dipilih".Wan Junaidi mengetuai sebuah jawatankuasa kecil yang dibentuk dengan peruntukan undang-undang yang membenarkan Pejabat Speaker menjaga kepentingan Dewan Rakyat.

Antara perkara lain, rang undang-undang itu bertujuan mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen yang dimansuhkan pada tahun 1980-an, dan menguatkuasakan keistimewaan dan ganjaran diletakan di bawah bidang kuasa Parlimen.

azlanKatanya, draf undang-undang berkenaan telah siap tetapi memerlukan semakan dan kelulusan daripada speaker dan presiden Senat, serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Berikutan ini, ia akan dikemukakan kepada kabinet dan peguam negara untuk kelulusan sebelum dibentangkan di Parlimen.

Keseluruhan proses, katanya, mungkin mengambil masa sehingga sembilan bulan.

Tiada ulasan: