HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 September 2011

NOH OMAR TAK PERLULAH MENYIBUK

Ijoy Ijok, Selangor.


Lucu ada sedih pun ada bila membaca cabaran Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar supaya PAS meninggalkan DAP sebagai susulan kenyataan pemimpin-pemimpin DAP mengugut hendak meletakkan jawatan jika PAS melaksanakan hudud

.

Lucu sebab melihat Noh meludah ke langit dan membiarkan ludah itu menimpa batang hidungnya.

Kenapa saya katakan begitu?

Sebab Noh terlupa satu perkara. Beberapa hari sebelum ini MCA melalui presidennya Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek juga mengugut akan keluar BN jikaUMNO laksanakan hudud.

Kenapa Noh tak cabar UMNO supaya meninggalkan MCA? Apa bezanya ugutan DAP dengan ugutan MCA?

Saya juga sedih sebab melihat Noh menyertai ramai lagi pemimpin UMNO yang sibuk hendak mengulas hal rumah tangga PAS dan DAP sedangkan rumahtangga UMNO sendiri berselerak.

Sepatutnya segala suara yang dihabiskan untuk mengkritik, mengejek dan mempersendakan PAS dan DAP itu digunakan oleh pemimpin-pemimpin tersebut untuk memperbaiki hal dalam kain UMNO.

Sebagai salah seorang teraju penting UMNO Selangor juga, Noh sepatutnya memberi tumpuan pada teguran Presiden partinya semasa Konvensyen Barisan UMNO Selangor baru-baru ini.

Betulkan dulu UMNO Selangor yang sedang parah sekarang ini. Kalau kain sendiri koyak jangan sibuk nak tunjuk pada kain orang lain yang singkat.

1 ulasan:

azmank berkata...

sibuk atau tidak bukan persoalannya. apa yang penting ada pemimpin yang sentiasa mengingatkan rakyat supaya tidak terus terpedaya. apa MCA nak buat terserah tapi tidak seperti PAS yang menjadi barua DAP. Apa kata DAP PAS kena akur. UMNO tidak menjadi barua MCA.itu perbezaan ketara.