Salhan K Ahmad
PAS menggesa kerajaan supaya menarik balik Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang bakal dibaca buat kali kedua dalam sidang parlimen akan datang.
Naib presidennya Salahuddin Ayub berkata, kerajaan sepatutnya membuat rundingan semula dengan wakil penduduk yang membantah rang undang-undang berkenaan.
Salahuddin berkata, enam siri penerangan telah dijalankan bersama pemilik dan pewaris tanah kampung tradisi itu sejak Jun 2011 oleh Sekretariat Pembangunan Kampung Baru.
"Hasilnya, para pemilk dan pewaris tanah Kampung Baru faham kandungan RUU PPKB 2010 yang jelas cuba memanipulasi mereka.
"Justeru mereka bangkit menyatakan bantahan serangan terang dengan menaikkan kain rentang bantahan di rumah mereka," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.
Ekoran daripada itu, bacaan kedua rang undang-undang berkenaan telah ditangguhkan pada sesi Mac 2011.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebelum ini dilaporkan berkata, penangguhan itu dibuat untuk mendengar suara hati penduduk dan pewaris tanah berkenaan.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata penangguhan itu membuktikan bahawa penduduk berjaya menyekat rang undang-undang berkenaan daripada terus diluluskan.
Bagaimanapun, kementerian pada April lalu telah menyediakan satu cadangan pindaan ke atas rang undang-undang berkenaa.
Pindaan berkenaan dicadangkan untuk dijalankan di peringkat jawatankuasa setelah RUU PPKB 2010 diluluskan, kata Salahuddin.
"Tapi amalan parlimen Malaysia, terlalu sukar untuk menang di peringkat jawatankuasa. (BN) boleh lanyak dengan majoriti.
"Jadi tiada jaminan bahawa rundingan akan diambil kira, (tetapi hanya) berselindung di sebalik rundingan akan dibuat di peringkat jawatankuasa," katanya.
Tambahnya, hanya 30 peratus daripada kira-kira 4,000 orang pemilik dan pewaris tanah berkenaan yang telah mengembalikan borang referendum yang diedar kepada mereka.
"Kalau prihatin dengan suara rakyat, tarik balik rang undang-undang dan buat rundingan semula dengan wakil penduduk.
"Duduk semeja dengan peguam yang dilantik penduduk, draf rang undang-undang baru," katanya lagi.
Borang referendum itu diedarkan pada Jun 2011 oleh kementerian dengan janji bahawa ia akan dijadikan asas utama untuk menentukan sama ada RUU PPKB 2010 akan diteruskan.

"Pada 17 September menteri wilayah mengumumkan sekali lagi bahawa bacaan kali kedia akan diteruskan pada sesi parlimen Oktober 2011.
"Walau bagaimanapun beliau langsung tidak menyatakan perkembangan referendum yang telah dijalankan," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan