Harakahdaily |
KUALA LUMPUR: Orang yang beriman bertanggungjawab menyokong dan menerima hukum hudud, takzir dan qisas dengan penuh rendah diri. “Kami yakin rakan-rakan bukan Islam sama ada pemimpin dari Pakatan Rakyat, NGO dan penyokong memahami hasrat murni Menteri Besar Kelantan,” kata Ketua Penerangan AMK Kelantan, Rosdi Mat Zin. Beliau menyatakan demikian sebagai respons berkenaan isu Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 yang digembar-gemburkan oleh Umno dan media massanya dan terpanggil untuk menyatakan pendirian. “Kami amat menghormati pendirian Kerajaan Negeri Kelantan khususnya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan dan juga Mursyidul Am PAS. “Kami juga sentiasa mematuhi arahan pimpinan pusat yang meminta agar pemimpin Pakatan Rakyat seluruh peringkat menutup mulut dan jangan berbicara isu ini secara terbuka memandangkan ianya bukanlah agenda utama Pakatan Rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan. Pihaknya juga, kata beliau menyokong apa jua dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat asalkan dasar tersebut adalah untuk kebajikan dan kebaikan rakyat jelata. “Kami juga sedar akan kewajipan perlaksanaan hukum hudud yang tidak boleh dipertikaikan oleh individu muslim apatah lagi jika individu tersebut mengaku beriman kepada Allah,” ujarnya. Katanya, kekeliruan yang berlaku disebabkan oleh dakyah yang dilakukan oleh Umno dan media massa mereka. Ini, ujar beliau kerana pihak yang jelas menolak dan menggagalkan perlaksanaan hudud di Kelantan adalah di kalangan pemimpin Umno BN, bukannya DAP. Menurutnya, dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan pusat “tidak akan laksanakan hukum hudud” sememangnya telah membuka mata rakyat khususnya orang melayu bahawa Umno dan Perkasa adalah pihak yang hipokrit memperjuangkan hak orang Islam. Selama ini, ujarnya Umno dan Perkasa bersungguh-sungguh menyerang Lim Guan Eng di Pulau Pinang dan Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor atas isu perkauman dan keagamaan. “Akhirnya AMK Kelantan mengucapkan syabas di atas kematangan pemimpin tertinggi PR yang memperolehi kata sepakat hasil mesyuarat khas yang diadakan pada 28 September (Rabu) untuk mempertahankan dasar-dasar Pakatan Rakyat dan bersetuju untuk menghormati pendirian parti rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat,” katanya lagi. |
HALAMAN SANTAI
Khamis, 29 September 2011
Tanggungjawab orang beriman sokong hudud
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan