Muhammad Faizal |
SHAH ALAM- Ungkitan sejarah baru yang ditimbulkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mengaitkan pejuang Melayu, Mat Indera telah mencetus fenomena baru dalam negara ini. "Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu telah merancakkan perbualan malah menjadi perbahasan pihak-pihak tertentu sehingga seluruh negara sekarang merungkai balik sejarah-sejarah lama dan inilah fenomena 'Sabuisme'. "Satu pertubuhan sejarah baru yang sihat di mana sebelum ini kita melihat rakyat terlalu sukar untuk berbicara tentang sejarah malah golongan politik juga tidak mahu menyebutnya tetapi keberani Mat Sabu menjadikan mereka minat untuk mengetahui sejarah yang sebenar," kata Dekan Fakulti Sastera dan Sains Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar. Dalam pada itu beliau memberitahu sejarah perlu ada malah ia patut menjadi teras kerana sejarah merupakan laluan antarabangsa. "Perlu ada malah ia perlu menjadi teras ini adalah kerana sejarah merupakan laluan antarabangsa. "Dalam masa yang sama selain kita mengekalkan sejarah yang ada penemuan baru seperti ini perlu dirungkai dan saya tidak berkata ia perlu ditulis kembali tetapi perlu ada 'renovation' dan digilap kembali sejarah itu kerana telah wujud penemuan baru yang boleh mengukuhkan fakta yang telah ada. "Selari dengan arus sekarang dalam globalisasi dunia yang mahukan pembaharuan serta tuntutan pelbagai pihak maka sejarah negara perlu dikaji kembali. "Kita juga tidak mahu hanya golongan yang memperjuangkan kemerdekaan sahaja dikatakan pejuang sedangkan mereka yang lebih awal tidak pernah dikatakan sebagai pejuang kemerdekaan dan bagi saya tidak salah ia dipulihkan," sambungnya lagi. Mengaitkan Mohamad sebagai pencetus polemik politik negara, beliau begitu kagum dengan perubahan rakyat di negara ini. "Saya menghadiri satu forum di Kota Bharu yang mana Mohamad Sabu adalah salah seorang panel bersama saya dan belum terjadi dalam sejarah negara dengan kehadirian puluhan ribu orang pada forum tersebut kerana ingin mengetahui sejarah sebenar negara ini. "Saya amat kagum dengan perubahan tersebut malah bukan di sana sahaja, forum di Jabatan Sejarah juga melihatkan kehadiran yang ramai. Rakyat sudah bangkit dalam fenomena sejarah baru kita. "Kalau dulu forum sejarah yang dijadualkan pukul 8 tapi 8.30 baru kita lihat kehadiran tetapi hanya beberapa kerat tetapi sekarang semua rakyat berlumba-lumba untuk mengetahui sejarah sebenar," tambahnya lagi. Mohamad juga memberitahu di wacana "Wajarkah sejarah ditulis semula" anjuran Sinar Harian di Shah Alam, semalam itu bahawa penemuan baru perlu dikaji kembali dan sejarah bukannya perlu ditulis kembali tetapi perlu digilap serta dilakukan perubahan selaras dengan penemuan baru. "Berkaitan dengan Mat Indera yang sebelum ini mengatakan beliau adalah komunis tetapi penemuan baru menafikan dakwaan tersebut dan ini merupa fakta sejarah yang penting. "Mungkin komunis ini adalah taktik baru untuk beliau menentang penjajahan Inggeris apabila barisan hadapan yang lain telah mengharamkan penglibatannya untuk berjuang," usulnya lagi. Turut menjadi ahli panel Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mohd Puad Zarkashi, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dan sejarawan, Prof Datuk Ramlah Adam. Mohamad Sabu telah mengejutkan negara apabila ucapannya pada 21 Ogos lalu mengenai tragedi Bukit Kepong dan Mat Indera menimbulkan ketidaksenangan pihak tertentu. Kenyataan yang dikeluarkan olehnya telah menyebabkan beliau didakwa di mahkamah kerana menyifatkan pasukan polis yang mempertahankan rumah pasung Bukit Kepong sebagai "polis British". |
HALAMAN SANTAI
Rabu, 28 September 2011
Sabuisme: Pensyarah kagum perubahan rakyat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan