HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 September 2011

PKR Pahang, Buat "Laporan Polis" Terhadap Umi Hafilda Ali Serta OCPD Lipis Berkenaan Gangguan Ceramah Anwar Ibrahim Di Kampung Terap Budu

PAHANG DAILY


KUANTAN - Laporan polis bantahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap Umi Hafilda dan Ketua Polis Daerah Lipis, Supt. Abdul Razak Hassan telah dibuat oleh Zaidi Ahmad, Pengarah Pilihanraya PKR Pahang jam 3.10 petang tadi.

Turut bersama beliau dalam laporan itu tadi ialah Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang), Kamarzaman Md Yunus (Setiausaha PKR Pahang), Kamarul Hatta (SAMM Pahang) dan lain-lain.

Dalam laporannya Zaidi mendakwa pihak polis dipercayai gagal memainkan peranan yang adil dan saksama terhadap rakyat.

Ini jelasnya, mereka gagal memberhentikan ceramah oleh Umi Hafilda Ali yang dijalankan tanpa permit, penuh dengan caci maki, lucah, mencarut dan unsur-unsur yang boleh menyebabkan ketegangan.

Beliau juga hairan, bagaimana pihak polis boleh membenarkan satu majlis jamuan hari raya dihadapan tapak ceramah Pakatan Rakyat yang permitnya sudah diluluskan oleh mereka sendiri.

Tindakan OCPD Lipis ini jelas sekali melanggar etika dan profesionalisme seorang pegawai kerajaan yang gajinya dibayar dari hasil duit rakyat. Tambah mengejutkan, tindakan provokasi yang dilakukan oleh ahli-ahli Perkasa Lipis itu juga memang benar didalangi oleh pemimpin UMNO yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan terbabit (Benta) iaitu Dato' Mohd Sofi Tan Sri Abdul Razak.

"Aneh bila OCPD sendiri iaitu Supt. Abdul Razak Hassan yang turut hadir dalam majlis berkenaan, tidak berani memberhentikan majlis ceramah tersebut sedangkan beliau sebenarnya punyai kuasa berbuat demikian"
, kata Zaidi.



Zaidi Ahmad menunjukkan laporan polis yang telah dibuat oleh beliau

[Nampaknya telahan awal PDO bahawa majlis ceramah Umi Hafilda itu adalah anjuran UMNO kini terserlah jua akhirnya.

Ini bermakna, UMNO berkerjasama dengan Perkasa untuk mengganggu ketenteraman awam. Ceramah tanpa permit dibenarkan, sedangkan jika ia dilakukan oleh parti pembangkang sudah pasti pihak polis akan menjalankan tugas dengan "cekap dan adil" untuk mengarahkan program berkenaan dihentikan.

Malahan, pernah berlaku kes ketika ceramah PAS bertembung dengan ceramah Lokman Nor Adam bersebelahan Pasti As-Saadah di Kuantan dimana pihak polis mengarahkan ceramah PAS itu dipindahkan ke tempat lain. Sedangkan PAS mengadakan program di premis sendiri.

Alasan yang diberikan tidak mahu berlaku perbalahan dan sebagainya. OCPD Kuantan bertindak bijak dalam hal ini.

Tapi, kenapa OCPD Lipis gagal bertindak adil dan saksama?. Cukup memalukan apabila institusi polis dipergunakan sewenangnya untuk kepentingan politik seperti ini. Siasatan yang rapi perlu dijalankan, apakah puncanya kejadian ini boleh berlaku?].

Tiada ulasan: