HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 September 2011

Kartun Utusan Menghina Hukum Allah - Mana JAKIM? Di Mana Menteri Agama KampungKu???

SEDAKA SEJAHTERA

Utusan Malaysia berulangkali mengeluarkan karikatur atau kartun pendek yang menghina Islam. Jika sebelum ini ada pihak yang mendakwa, Utusan Malaysia menghina Islam. Mungkin sudah dilupakan.

utusan hina hudud dan nik aziz

Karikatur Utusan Malaysia 26 September 2011


Hari ini, Utusan mengeluarkan satu lagi karikatur (atas) yang menghina Hudud sekaligus agama rasmi Malaysia, Agama Islam. Mengapa kejadian begini terus berulang? Seharusnya tindakan perlu diambil kerana ini bukanlah kali pertama ianya berlaku.

PAS Melaka menyelar siaran kartun dalam akhbar Umno Utusan Malaysia semalam yang didakwa menjadikan hukum hudud sebagai bahan jenaka.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Melaka Muhamad Aizat Bahrudin berkata, tindakan itu keterlaluan kerana mempermainkan-mainkan hukuman Allah merupakan dosa besar.

"Hudud adalah hukuman yang disyariatkan Allah. Ia bukan hukum buatan manusia tetapi ia datang dari Allah.

"Penghinaan terhadap sesuatu yang datang dari Allah itu adalah sama dengan penghinaan kepada Allah," kata Muhammad Azizat.

Muhammad Azizat menggambarkan kartun itu menunjukkan lelaki berserban, yang merujuk kepada Musyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang mendengar lagu sambil berbaring.

Karikatur tersebut juga menggambarkan irama yang keluar dari alat muzik tersebut dengan perkataan: “ Hu..hu..hu..dudd..dudd..”

Pandangan akal

Menurut Muhammad Azizat, karikatur itu cuba menggambarkan bahawa Nik Aziz sedang membangkitkan isu lama.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau menyifatkan hudud kini digambarkan dengan wajah yang begitu hodoh, seolah-olah perlaksanaannya merupakan "jenayah".

"Akhbar arus perdana begitu hebat mempolemikkan isu ini dengan pelbagai tafsiran dan pandangan akal.

"Satu demi satu penghinaan dilakukan terhadap undang-undang Islam. Jika sebelum ini Utusan menghina hukuman zina, hari ini kepada hudud pula.

"Esok lusa hina Allah dan Rasul pula secara terang-terangan," tambahnya lagi.

Sehubungan itu, Pemuda PAS Melaka mendesak akhbar harian itu memohon maaf terhadap umat Islam atas "penghinaan" itu, kata Muhammad Azizat lagi.

utusan hina hudud (2)

Keratan bertarikh 15 Jun 2011

Tiada ulasan: