HALAMAN SANTAI

Jumaat, 30 September 2011

Scorpenes sepatutnya boleh menyelam dan Altantuya sepatutnya masih hidup

Ismail Dahlan, Malaysia Chronicle

Musim panas beralih kepada musim luruh di London, udara amatlah sejuk, dan Pengawal di Istana Buckingham telah bertukar memakai pakaian musim panas berwarna merah terang mereka kepada ‘greatcoats’ kelabu untuk musim sejuk. Cuaca tidak pernah menghalang pelancong dari mengunjungi ke London, mereka masih akan berduyun-duyun ke Buckingham dan jalan-jalan sibuk yang terdapat di London.

Tetapi pada hari Jumaat, 30 September, di salah satu dewan kuliah di ‘BPP Law School’ di Red Lion Street, yang amat dekat dengan stesen Holborn, perhimpunan yang lebih serius akan diadakan.

Kumpulan Peguam Antarabangsa Hak Asasi Manusia (SIHRG) dan Suaram telah menganjurkan satu taklimat dan upacara penjanaan dana megenai kes rasuah Scorpene di Malaysia. Penceramah yang terlibat termasuklah Joseph Breham Sherpa, organisasi bukan keuntungan di Perancis yang telah mengambil kes itu, dan Cynthia Gabriel daripada Suaram. Kira-kira 300 hingga 500 peserta yang akan melibatkan diri, kebanyakan daripada mereka merupakan rakyat Malaysia yang tinggal di London.

Bayangan berterusan

Masih berlegar di dunia ini, di mana kematiannya lebih banyak diperkatakan daripada kehidupannya, merupakan bayang-bayang Altantuya Shaariiibuu, warga Mongolia yang telah dibunuh dengan kejam, tanpa belas kasihan, di Kuala Lumpur. Mereka yang merasakan bahawa mereka dapat menutup jenayah mereka dengan membunuhnya telah terbukti salah. Dia akan terus menghantui mereka sehingga dia mendapat keadilan yang sepatutnya.

Dua anggota polis telah disabitkan kesalahan kerana membunuhnya, tetapi mereka tidak mempunyai sebarang motif. Sehinggalah orang yang mempunyai motif yang jelas untuk menutup mulut beliau telah ditangkap dan disabitkan kesalahan, tidak kira siapa atau di mana pun mereka berada, kes ini tidak akan ditutup.

Mengapa polis tidak meneruskan siasatan mereka sehingga orang-orang yang memberi perintah membunuh Altantuya itu ditangkap? Mengapa peguam negara tidak menghasilkan kertas siasatan dan menuntut penyiasatan yang lengkap? Jika Razak Baginda, yang telah membantu Najib berunding membeli Scorpene berharga RM7 bilion , tidak bersalah memberi perintah untuk membunuh Altantuya, jadi siapa lagi?

Selagi soalan-soalan ini tidak dijawab, maka sistem keadilan di Malaysia tidak boleh dikatakan berkesan dan kita tidak boleh dianggap sebagai sebuah negara yang patuh pada undang-undang, seperti yang disarankan oleh John Adams.

Keadilan bakal tiba

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan orang yang paling berkait rapat dengan skandal Scorpene. Beliau merupakan menteri pertahanan yang membeli Scorpenes, di mana Scorpenes tersebut apabila tiba di Malaysia telah dilaporkan rosak dan tidak dapat menyelam. Razak Baginda merupakan pembantu beliau.

Anggota polis yang telah disabitkan atas pembunuhan Altantuya adalah sebahagian daripada rancangan keselamatan beliau. Menurut keadaan, Perdana Menteri tidak akan mahu mempunyai sebarang perkara yang tergantung dan tidak diselesaikan. Kebetulan sekali semuanya nampak berkait.

Namun, Najib enggan menyerah dirinya bagi tujuan siasatan. Di Amerika Syarikat atau dimana-mana negara Eropah, beliau akan terpaksa meletakkan jawatan dan menerima pemeriksaan, tetapi tidak di sini. Sebaliknya di sini, Najib memilih untuk bersumpah bahawa beliau tidak kenal Altantuya, ini merupakan alternatif yang aneh bagi siasatan kehakiman.

Malaysia sepatutnya berlaku adil kepada Altantuya dan keluarganya, keadilan ini masih belum dapat disampaikan. Dia sepatutnya hidup dan bersama keluarganya di padang rumput di Mongolia; bukannya sebagai timbunan abu di Malaysia. Percubaan untuk meletupkan badannya dengan C4 menunjukkan bahawa terdapat keinginan untuk dia 'hilang’, seperti tidak wujud lagi.

Ia amat menyakitkan hati kerana Bruno Manser juga telah ‘menghilangkan diri’. Dia juga telah dianggap sebagai ‘masalah’ oleh sesetengah pihak. Peguam Negara Malaysia bertindak dengan hati-hati agar kes Bruno tidak perlu dibuka lagi setelah apa yang terjadi dengan Altantuya.

Upacara pada hari esok sepatutnya diadakan di Malaysia, bukannya nun jauh di London. Tetapi, peguam SHERPA yang terakhir sekali melawat Malaysia iaitu William Bourdon, telah dihantar pulang oleh kerajaan Malaysia. Terpaksalah Joseph Breham pergi ke London. Dan harapnya dapatlah sesuatu dari upacara tersebut, kerana ia adalah seorang penyair Inggeris, Chaucer, yang mula-mula menulis bahawa, "murder will out".

Bagi mereka yang berupaya untuk menghadiri upacara ini, anda boleh mendaftarkan diri dan dapatkan maklumat lebih lanjut di:

http://malaysianscorpenesubmarinecorruptioncaselegalbrief.eventbrite.com/

Tiada ulasan: