HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 September 2011

Kuota Bumiputera Akan Ditamatkan - Najib

KLPOS.COM

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata terdapat keperluan untuk menghindari sistem kuota kepada Bumiputera tetapi mereka perlu terus dibantu bagi berkembang.

"Kamu perlu meninggalkan kuota. Tetapi kamu mesti menyokong mereka (Bumiputera) dalam cara yang akan membolehkan mereka berkembang dari usahawan kecil dan sederhana untuk menjadi lebih besar dan menjadi jaguh serantau," kata Perdana Menteri dalam sesi soal-jawab pada Forum Mega Trend Khazanah 2011 di sini.

Beliau berkata kuota hanya menghindari keupayaan usahawan Bumiputera dari membangunkan kebolehan mereka. Najib khuatir "sekiranya kamu memberi mereka kuota, mereka akan bersenang-lenang dan akhirnya tidak memperolehi kepakaran untuk mengurus perniagaan."

Beliau berkata satu kritikan masa lalu yang beliau hadapi mengenai sistem kuota ialah orang yang patut tidak dipromosi. Tindakan afirmatif kini perlu berfasarkan meritokrasi.

"Jadi, anda perlu menggalakkan calon Bumiputera yang sesuai. Sekiranaya anda berbuat demikian, bukan sahaja mereka akan berjaya, tetapi bukan Bumiputera juga tidak akan merasa iri hati terhadap mereka," katanya.

Najib juga memuji Unit Peneraju Agenda Bumiputera di Jabatan Perdana Menteri yang telah mengenal pasti lebih 1,000 syarikat yang akan dibantu bagi berkembang.

Perdana Menteri juga berkata Kabinet akan membuat keputusan esok mengenai garis masa cadangan pindaan kepada undang-undang media cetak dan keselamatan untuk meningkatkan kebebasan awam dan menjadikan Malaysia lebih moden dan vibran demokrasinya.

Dalam perutusan sempena sambutan Hari Malaysia pada 15 Sept lalu, beliau berkata kerajaan akan memansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan Akta Hukuman Buang Daerah 1959 serta mengkaji semula lain-lain Akta termasuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Sambil menegaskan kerajaan adalah serius dalam melakukan pembaharuan, Perdana Menteri berkata: "Sesi Parlimen akan datang, kamu akan menyaksikan perundangan atau tindakan baru."

15 ulasan:

Lucas berkata...

seperti ulasan saya dalam "Hapus Kuota 30%: UMNO Juga Bakal Terhapus Sama Nanti... Tunggulah!" , bagus juga kuota ini ditamatkan, tapi biarlah secara beransur-ansur, mungkin dalam tempoh 10-15 tahun?

Kris Jr berkata...

kalau mahu buat perbaharuan jangan la secara mendadak. Kalau mendadak mesti rakyat bumiputra sukar menerima.

Anak Sabah berkata...

Ada juga kebaikan menamatkan kuota ini. Tapi harap dilakukan secara berperingkat supaya rakyat ada masa untuk menyesuaaikan diri.

Anak Sabah berkata...

Selain itu, kerajaan patut mendorong rakyat terutamanya bumiputra supaya tidak bergantung sangat kepada subsidi ataupun bantuan kerajaan. Galakkan mereka supaya lebih berdaya saing.

azman berkata...

bumiputera perlu dibantu untuk membangunkan diri dan meningkatkan pencapaian sedia ada.

azman berkata...

usaha untuk membangunkan Bumiputera perlu sentiasa dilakukan dan pada masa yang sama memberikan mereka peluang untuk bedikari.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Mungkin senario akan berbeza bila kuota ini ditamatkan. Selain menggalakkan daya saing, ia juga mungkin boleh mengurangkan kebergantungan terhadap subsidi semata-mata.

Tanpa Nama berkata...

Lepas ini bumiputera harus berusaha lebih dan buktikan yang bumiputera juga mampu berjaya. Setuju dengan komen-komen di atas yang menyeru agar tindakan ini dibuat secara berperingkat.

Tanpa Nama berkata...

apapunm kita perlu membantu bumiputera untuk lebih maju dan berdaya saing.

Tanpa Nama berkata...

banyak kenaikan dalam barang dan perkhidmatan tetapi kuota pula dihapuskan. nampaknya rakyat akan mengalami satu perubahan yang besar. pandai2lah untuk menilai.

Antanum berkata...

Tamat tidak tamat bumiputera tetap akan mendapat keistimewaan.

Antanum berkata...

Harap tidak ada kekecohan akan berlaku.

Tanpa Nama berkata...

jika kuota 30% itu menyekat perkembangan usahawan bumiputera, kenapa tidak memikirkan usaha yang lebih kearah pembaikpulihaan daripada menghapuskannya sama sekali?

paling tidak kuota 30% ini jika diteruskan akan dapat juga mempertahankan equiti bumiputera dalam ekonomi, walaupun tidak mencapai tujuan seperti yang diharapkan, tapi menolong menempatkan jumlah bumiputera dalam satu2 sektor ekonomi walaupun dalam sesetengah bidang pencapaian bumiputera sememangnya tidak langsung dapat dibanggakan.

Unknown berkata...

Jika diberikan peluang maka ambil peluang itu sebaiknya janganlah menjadi malas dan sebagainya.