Kejadian di bawah bukan merupakan kes pertama yang berlaku dalam PDRM. Kita harap PDRM melakukan siasatan terperinci dan orang awam elakkan sebarang spekulasi. Bagaimana pun dalam satu berita lain menyatakan laporan pakar mendedahkan polis adalah mereka yang paling ramai mengalami stres di tempat kerja di Malaysia. "
Begitu jarang kedengaran pistol jenis Revolver Smith & Wesson .38 M15 Double Action tertembak dengan sendirinya kecuali terjatuh dari tempat tinggi. Itu pun mesti jatuh pada picu atau hammer.
Beberapa kejadian anggota PDRM tertembak diri sendiri sebelum ini di http://amkns.blogspot.com/2011/04/polis-mati-kesan-tembakan-di-kuarters.html
*********
Akhbar berkata, ANGGOTA POLIS YANG MENGALAMI STRES BOLEH MENGHADAPI MASALAH SAKIT JIWA BERPANJANGAN DAN MENGAKIBATKAN BANYAK PERKARA TIDAK DIINGINI BERLAKU, TERMASUK PEMBUNUHAN SESAMA RAKAN ATAU BUNUH DIRI SERTA SALAH GUNA KUASA SEHINGGA MENYEBABKAN NYAWA ORANG LAIN TERANCAM.*********
Tragedi cuci revolverHarian Metro 28 Sep 2011
KUALA LUMPUR: Malang tidak berbau bagi seorang anggota polis berpangkat konstabel yang bertugas di bahagian rondaan tugas am apabila peluru terakhir dalam revolver .38 miliknya menyebabkan dia parah di kepala.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 7.50 malam itu, mangsa, Syaiful Nizam Zamaluddin, 24, sedang mengosongkan revolver selepas tamat bertugas.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata ketika mangsa sedang membersihkan revolver, lapan anggota lain sedang memerhatikannya menghala revolver ke arah bawah di hadapan setor senjata.
"Dengan tiba-tiba mereka terdengar bunyi tembakan dan nampak keadaan mangsa dalam keadaan parah. "Mangsa tertembak di bahagian kanan kepala sebelum peluru tembus keluar dari atas kepalanya," katanya ketika ditemui di Hospital Kajang, di sini.
Beliau berkata, peluru berkenaan adalah yang terakhir dalam revolver mangsa dan kejadian berkenaan dipercayai adalah kemalangan.
Katanya, anggota berkenaan sudah berkhidmat lebih daripada dua tahun di IPD Kajang dan tidak mempunyai sebarang masalah.
Menurutnya, mangsa yang berasal dari Kampung Baru Air Panas, Kuala Lumpur, baru saja berkahwin dan isterinya kini hamil tujuh bulan.
Sehingga ini, katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.
http://www.hmetro.com.my/articles/Tragedicucirevolver/Article
*********
POLIS LEBIH STRES BERBANDING GURUBerita Harian
27 Sep 2011
Kerap bertugas luar waktu pejabat punca ramai anggota alami tekanan
KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba.
Lambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi.
Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan.
Kajian pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7 peratus daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami stres di tempat kerja.
Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus). Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus.
Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu.
Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis.
Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya.
Akhbar berkata, ANGGOTA POLIS YANG MENGALAMI STRES BOLEH MENGHADAPI MASALAH SAKIT JIWA BERPANJANGAN DAN MENGAKIBATKAN BANYAK PERKARA TIDAK DIINGINI BERLAKU, TERMASUK PEMBUNUHAN SESAMA RAKAN ATAU BUNUH DIRI SERTA SALAH GUNA KUASA SEHINGGA MENYEBABKAN NYAWA ORANG LAIN TERANCAM.
Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Polislebihstresberbandingguru/Article
*********
Constable accidentally shoots himself2011/09/28http://www.nst.com.my/nst/articles/Constableaccidentallyshootshimself/Article
*********
Wednesday September 28, 2011Constable accidentally shoots himself while removing bulletshttp://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2011%2F9%2F28%2Fnation%2F9590101
*********
38 SPECIAL CALIBER, REVOLVERWARNING: The listed Taurus revolvers, when dropped from a height of three feet on the hammer may discharge.http://firearmsid.com/Recalls/FA_Recalls%205.htm
*********
Single-action revolvers have no external safeties, and they usually have no internal safeties, such as a hammer block or transfer bar, to render them drop-safe.On almost all double-action revolvers, there are no external safety devices; a trigger pull will always result in firing. In addition to that fact, most modern double-action revolvers do have an internal safety, either a hammer block or a transfer bar, that prevents firing not originating from a trigger pull (e.g., gun is dropped). http://en.wikipedia.org/wiki/Safety_(firearms)
*********
Jenis-jenis Pistol Dalam PDRM REVOLVER SMITH & WESSON .38 M15http://suksisusm.blogspot.com/2009/10/jenis-jenis-pistol-dalam-pdrm.html
Smith & Wesson .38 Special , double-action
Feed system 6 round cylinder
Tiada ulasan:
Catat Ulasan