KUALA LUMPUR — Bermula Sabtu ini, individu yang buta sebelah mata juga akan dianggap sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) dan boleh didaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
“Keputusan ini dibuat pada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi OKU pada Selasa lepas yang membolehkan golongan ini selepas ini layak menerima segala keistimewaan yang disediakan untuk OKU di bawah JKM sekiranya mereka berdaftar,” katanya.
Shahrizat (gambar) berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan Hari Terbuka MAB di Kompleks MAB di sini hari ini.
Selain itu, beliau dipetik Bernama Online, berkata semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara wajib melantik seorang wakil dari golongan OKU untuk berada di dalam Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan di kawasan masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan