HALAMAN SANTAI

Khamis, 2 Ogos 2012

AMK Selangor kecam tahan, dakwa Rafizi


Azmizam Zaman Huri
Azmizam Zaman Huri

Wartawan Sinar Harian

 SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mengecam Bank Negara dan tindakan polis menahan serta mendakwa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia), semalam.

Ketuanya, Azmizam Zaman Huri mendakwa, kerajaan bukan sahaja gagal menangani penyelewengan duit rakyat tetapi juga terpaksa bertindak demikian demi menghalang pendedahan dibuat menyelamatkan menteri serta kroninya.

“Inilah salah satu keunikan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) apabila yang mendedahkan penyelewengan ditangkap manakala yang menipu dibiar bebas rompak harta negara,” katanya melalui kenyataan akhbar, semalam.

Menurutnya, beliau percaya harapan Umno BN untuk mengekang kebangkitan rakyat terutama orang muda sekadar menjadi mimpi indah kerana AMK Selangor yakin lebih ramai akan bersama berikutan keberanian Rafizi.

“AMK Selangor percaya inilah masa paling tepat untuk rakyat menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR) dan kerana semakin lama Umno-BN semakin tersepit untuk mempertahankan diri mereka sehingga terpaksa menangkap dan mendakwa Rafizi sebagai seorang strategis bijak demi menyelamatkan saki-baki pemerintahan mereka.

“AMK Selangor yakin rakyat telah menilai dan sudah membuat keputusan untuk menggantikan Kerajaan Umno BN ini dengan PR sebagai pentadbiran baru di Putrajaya,” katanya.

Tiada ulasan: