Oleh: WFAUZDIN NS
ADA desakan yang meminta PAS mendesak DAP agar memecat Pengerusinya
Karpal Singh kerana Karpal dilihat lantang menentang hukum Hudud.
Pertamanya secara peribadi aku tidak bersetuju dengan cara Karpal yang
langsung tidak berhikmah atau bijak di dalam menyuarakan pendapatnya.
Ada yang mahu menyamakan isu Karpal ini dengan isu pemecatan Hasssan
Ali oleh PAS.
Mereka mendakwa jika PAS boleh pecat Hassan Ali, mengapa DAP tidak boleh
pecat Karpal Singh? Benarkah isu ini boleh disamakan? Apa salah
Karpal Singh terhadap DAP dan apa pula salah Hassan Ali terhadap PAS?
Baiklah, kita semua tahu sejak dahulu lagi bahawa DAP tidak pernah
bersetuju dengan hukum Hudud dan hal ini PAS pun maklum lama sudah. PAS
pula konsisten untuk memperjuangkan hukum Islam termasuk hukum Hudud
walaupun dengan berbagai pendekatannya. Pendirian PAS yang tegas ini
pun DAP sudah lama tahu.
Apabila Karpal sejak dari dahulu lagi lantang menentang hukum Hudud,
apakah kerana itu Karpal mesti dipecat? DAP memang tidak menyokong
hukum Hudud, dan Karpal menyebut benda yang selari dengan prinsip DAP,
salahkah Karpal? Begitu juga PAS tetap tegas memperjuangkan hukum
Hudud, dan pendirian PAS ini dipertahankan secara lantang oleh Ketua
Pemuda PAS, Us Nasruddin Tantawi. Salahkah Us Nsdruddin? Jawapannya,
kedua-duanya tidak salah kepada parti masing-masing TETAPI amat tidak
bijak di dalam pendekatannya terutama oleh Karpal Singh.
Ketidak bijaksanaan Karpal itu tidak sampai ke peringkat DAP perlu
memecat beliau. DAP boleh bertindak dengan menegur Karpal Singh di atas
ketidak bijaksanaan beliau itu. Karpal tidak boleh memaksa PAS
berpendirian sama seperti DAP kerana PAS mempunyai dasarnya yang
tersendiri. Buat Us Nadruddin Tantawi pula, beliau bertindak bijak
apabila terus lantang bersuara SELAGI Karpal Singh bersuara mengkritik
dasar PAS tersebut.
Mengapa mahu disamakan dengan apa yang menimpa Hassan Ali? Amat jauh
bezanya. Hassan Ali dipecat kerana mengeluarkan kenyataan yang
bertentangan dengan keputusan Majlis Syura PAS. Beliau mengkritik
Dasar Negara Berkebajikan yang telah dipersetujui oleh Majlis Syura
sebagai satu pendekatan PAS tanpa menggadaikan matlamat penubuhan Negara
Islam termasuk hukum Hudud. Itu bezanya.
Karpal Singh memang tidak bijak langsung di dalam menyuarakan dasar
partinya tanpa menghormati dasar PAS. Ketua Pemuda PAS pula bertindak
bijak membela PAS dari terus dikritik oleh Karpal. Maka, di dalam isu
ini tiada kena mengena langsung dengan Hassan Ali. Menyamakan isu ini
dengan isu Hassan Ali hanyalah kerja puak-puak yang mahu melihat PAS dan
DAP terus berbalah, dan kerja ini biasanya adalah kerja pihak yang
spesisnya lebih kurang Umno juga.
Sebelum aku tutup bicara, mari kita fikirkan secara lojik iaitu
seandainya Karpal Singh atau DAP menyokong hukum Hudud, adakah kita
fikir Umno akan terima dan laksanakan Hudud? Kalau DAP konsisten sejak
dahulu menentang rasuah, itu pun Umno tidak mampu untuk menghalang
rasuah di kalangan pemimpinnya, adakah Umno mampu laksanakan perkara
lebih besar seperti hukum Hudud ini? Jadi yang lebih penting buat kita
adalah kuburkan Umno dahulu kerana Umno lah sebenarnya penghalang hukum
ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan