HALAMAN SANTAI

Rabu, 1 Ogos 2012

Bekas kerani Public Bank didakwa subahat dengan Rafizi

Wartawan Sinar Harian

Bekas kerani Public Bank didakwa subahat dengan Rafizi
Johari Mohamad dan Rafizi Ramli dibawa ke Mahkamah Sesyen pagi tadi. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor
 
 
SHAH ALAM - Bekas kerani bahagian kredit Public Bank, Johari Mohamad didakwa bersubahat dengan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli melakukan pendedahan dokumen akaun bank National Feedlot Corporation (NFCorp), Mac lalu.

Pendakwaan terhadap Johari dibuat mengikut Seksyen 112(1)(c) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989, yang memperuntukkan hukuman sama.

Dia turut dibenarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah membenarkan kedua-dua kes dibicarakan bersama dan disebut semula 10 September ini.

Pada prosiding, peguam N Surendran mewakili Rafizi dan Johari.

Tiada ulasan: