Bekas
Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh menyelar Datuk Dr
Rais Yatim dan menyifatkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan sebagai punca kontroversi sambutan hari merdeka 31 Ogos
ini.
“Dr Rais anggota kabinet yang tidak memahami erti tranformasi yang
mahu dibuat oleh Perdana Menteri. Beliau telah merosakkan momentum
sambutan hari merdeka.
“Kerana beliau, pembangkang telah mempolitikkan
tema hari merdeka.
“Elok sahaja dia (Dr Rais) meletakkan jawatan dan berundur. Orang tua tidak memahami keperluan semasa.
“Beliau
telah merosakkan momentum tranformasi Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sekarang orang menyalahkan, BN, Umno dan Najib,” kata beliau hari ini.
Pakatan Rakyat tolak
Pakatan Rakyat tolak
Menurut
Hashim, tema sambutan hari merdeka perlu bercirikan semangat
kenegaraan bagi memastikan semua rakyat merasa bangga menjadi warga
yang merdeka.
Bagaimanapun, Katanya, kebebalan politik Dr Rais boleh menyebabkan sambutan hari merdeka menjadi hambar.
“Kita simpati dengan Perdana Menteri yang mahu melaksanakan tranformasi tetapi dibantutkan oleh ahli-ahli kabinet yang tidak memahaminya.
“Kita simpati dengan Perdana Menteri yang mahu melaksanakan tranformasi tetapi dibantutkan oleh ahli-ahli kabinet yang tidak memahaminya.
“Menteri-menteri kabinet juga ferlu tranformasi tetapi berlainan sekali dengan yang ini. Beliau tidak memahami tranformasi,” tambah Hashim lagi.
Pakatan Rakyat menolak tema Janji Ditepati kerana mendakwa ia kempen BN.
Sebaliknya
memilih tema alternatif “Sebangsa, Senegara, sebagaimana diumumkan
Pengerusi jawatankuasa pemilihan tema tersebut, Datuk A Samad Said
baru-baru ini.
Pakatan Rakyat juga memberi tempoh seminggu supaya Janji Ditepati ditarik balik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan