HALAMAN SANTAI

Rabu, 1 Ogos 2012

Gereja anjur 'doa penyatuan' untuk PRU, Hari M'sia

 
MALAYSIA KINI
 
 
 
Gereja seluruh Malaysia buat julung-julung kalinya menganjurkan sesi doa sempena perayaan Hari Malaysia pada 16 September dan menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Acara 'Doa Penyatuan' itu diumumkan Isnin lalu oleh jawatankuasa sementara melibatkan semua kumpulan Kristian, termasuk Majlis Gereja Malaysia (CCM), National Evangelical Christian Fellowship (NECF) dan gereja di Sabah dan Sarawak.

"Tujuan pertama untuk menubuhkan pergerakan doa penyatuan untuk seluruh gereja bagi menyelaraskan doa dan mengukuhkan perpaduan antara penganut Kristian.

"Tujuan kedua untuk mencabar seluruh gereja untuk berdoa bersama-sama untuk transformasi masyarakat dan negara.

"Fokus diberikan terhadap dua acara penting negara... sambutan bermula pada 16 September dan pilihan raya umum yang akan datang," menurut pengumuman mereka.

Mereka juga akan berdoa supaya pilihan raya akan datang berjalan dengan aman dan telus dan dimenangi oleh orang-orang yang jujur dan ikhlas.

Tiada ulasan: