A. Kadir Jasin
Masa
beredar tetapi keadaan tidak semestinya berubah. Kalau berubah pun
hanyalah cara.Ketika Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkuatkuasa,
penahanan di bawah akta itu dianggap sebagai “seal of approval” atau
tanda pengiktirafan bahawa seseorang itu pejuang tulen.Malah, dalam DAP
pada satu ketika pemimpinnya yang tidak ditahan di bawah ISA dianggap
sebagai orang penakut dan tidak layak dianggap pejuang.
Sekarang,
dengan ihsan Perdana Menteri dan transformasi, ISA susah
dibakulsampahkan. Maka hilanglah tanda niaga yang berharga bagi
pembangkang dan penentang kerajaan.
Kini
terpaksalah mereka menaikkan taraf undang-undang biasa seperti Kanun
Keseksaan dan undang-undang komersial ke taraf ISA supaya mereka terus
dianggap sebagai wira dan mangsa apabila ditangkap dan diheret ke
mahkamah.
Jadi,
tidaklah menghairankan kalau penangkapan dan penuduhan pengarah
strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli, pada 1 Ogos di bawah Akta
Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) berkaitan pendedahan kes National
Feedlot Corporation (NFCorp) akan menjadi satu lagi “fodder” atau bahan
perbahasan.
Rafizi dituduh bersama dengan bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad, membocorkan rahsia bank. Mereka mengaku tidak bersalah.
Sekalipun tindakan mengheret Rafizi ke mahkamah adalah keputusan Bank Negara yang bertanggungjawab ke atas BAFIA, namun ia akan dijadikan senjata bagi menuduh kerajaan melakukan penindasan politik.
Sekalipun tindakan mengheret Rafizi ke mahkamah adalah keputusan Bank Negara yang bertanggungjawab ke atas BAFIA, namun ia akan dijadikan senjata bagi menuduh kerajaan melakukan penindasan politik.
Namun
begitu, daripada perspektif yang lebih luas, kita harus mengambil kira
bahawa ada dua pihak lain yang telah dihadapkan ke mahkamah pendedahan
kes NFCorp.
Pada 12
Mac lalu, pengerusi NFCorp, Mohamad Salleh Ismail, suami bekas Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil,
telah dituduh melakukan pecah amanah melibatkan hampir RM50 juta.
Dalam satu
kes lain, perunding Shamsubahrin Ismail dituduh menipu Mohamad Salleh
sebanyak RM1.76 juta dalam bentuk yuran perundingan.
Penuduhan
di bawah BAFIA ke atas Rafizi mempunyai implikasi yang luas. Bank
Negara berhak dan wajar bertindak tegas ke atas kakitangan bank yang
membocorkan rahsia pelanggan.
Kalau
kakitangan bank dibiarkan membocorkan rahsia pelanggan sesuka hati,
maka hilanglah kewibawaan perbankan di Malaysia dan tidak ada pelanggan
akan berasa selamat. Perbuatan seperti itu wajib dibanteras dan
pelakunya wajib dihukum.
Saya yakin
Rafizi, sebagai seorang politikus yang pintar, tahu mengenai wujudnya
BAFIA dan kesalahan membocorkan rahsia pelanggan bank.
Jadi, sama
ada beliau melakukannya kerana mahukan perbatuan politik — political
mileage — atau kerana mengambil berat kebajikan umum — altruism —
undang-undang tetap undang-undang.
Beliau
haruslah bersedia berpegang kepada ungkapan berani buat beranilah
tanggung dan hadapi akibat tindak-tanduknya. Tetapi, kalau penyiasatan
dan pendakwaan kes beliau hambar seperti dalam beberapa kes sensasi
sebelum ini, harapan beliau dibebaskan adalah cerah.
Apa pun,
Rafizi sudah boleh mendabik dada mengatakan perjuangannya tidak sia-sia
dan pihak-pihak yang beliau wakili telah mendapat “political mileage”
yang besar. Wallahualam.— kadirjasin.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan