HALAMAN SANTAI

Jumaat, 24 Ogos 2012

PKR: Hanya 'diktator' seru sokong 'syaitan yang dikenali'

Ahmad Fadli KC


 
MP Subang R Sivarasa berkata kenyataan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengungkapkan BN sebagai "syaitan" yang perlu terus diundi mencerminkan gaya seorang diktator.

"Kenyataan Dr Mahathir itu adalah kenyataan yang biasa dibuat diktator walaupun mereka tidak lagi berkuasa.

"Ia mencerminkan personaliti dan juga sikapnya terhadap kuasa.

"Ia juga secara asasnya menunjukkan beliau bukan seorang demokrat, tidak menghormati demokrasi dan tidak menghormati hasrat rakyat," kata Sivarasa.

Beliau mengulas kenyataan Mahathir semalam yang menyeru supaya sokongan terus diberi kepada BN dan bukannya kepada Pakatan Rakyat yang dipimpin ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataan itu, Mahathir mengungkapkan BN sebagai "syaitan yang anda kenal" dan Pakatan Rakyat pula sebagai "malaikat yang anda tidak kenal". 

"Jelas beliau hanya mahu kerajaan sedia ada terus kekal berkuasadengan cara autoritarian seorang diktator," kata Sivarasa pada sidang media di ibu pejabat PKR pagi tadi.

Tiada ulasan: