KUALA LUMPUR:
Himpunan Hijau membantah operasi kilang Lynas di Gebeng, Pahang yang
disertai kira-kira 2,000 orang di sekitar Dataran Merdeka di sini
menyebabkan kesesakan trafik melampau selain menjejas perancangan
penduduk pada hujung minggu.
Sebelum
himpunan dua jam itu bermula pada 4 petang, pesertanya dilihat berarak
sejauh 42 Kilometer dari Gombak menyebabkan kesesakan trafik yang
keterlaluan.
Tinjauan
Bernama mendapati banyak laluan ke ibu negara sesak dengan kenderaan
termasuk di Jalan Maharajalela, Jalan Kuching, Jalan Tuanku Abdul
Rahman, Jalan Masjid India, Jalan Raja Laut dan Jalan Sultan Ismail.
Malah
peserta perhimpunan turut membanjiri jalan raya sehingga menghalang
kenderaan yang menuju pusat bandar menyebabkan polis terpaksa menutup
laluan di Jalan Raja Laut dan Jalan Masjid India.
Antara
yang dilihat hadir pada perhimpunan itu ialah Anggota Parlimen Seputeh
Teresa Kok dan Anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin
Abdullah.
Himpunan
itu diadakan tanpa permit polis dan ia juga gagal mendapat kebenaran
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Dataran Merdeka
sebagai lokasi utama.
Peniaga gerai minuman, Rahman Ahmad, 39, berkata perhimpunan itu menyebabkanperniagaannya di Masjid India terjejas.
“Kebanyakan pelanggan saya lari setelah melihat mereka… ada juga yang tidak sempat bayar,” katanya.
Jururawat
Hospital Kuala Lumpur, Azizah Daud, 40, pula kesal dengan perhimpunan
itu yang dilihat boleh mencemar imej negara dan memberi gambaran
negatif kepada pelancong asing.
“Saya
melihat sendiri peserta perhimpunan menghalau segelintir pelancong
asing yang ingin mengambil gambar di Dataran Merdeka. Ini memalukan
negara kita,” katanya.
Pelajar
Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ahmad Ashraf Mohamad, 20, terpaksa
membatalkan hasrat membeli barangan persekolahan setelah adiknya sesak
nafas berikutan terperangkap dalam kalangan peserta himpunan itu.
“Saya
tidak menjangka perkara ini berlaku. Peserta himpunan ini tidak
memikirkan akibat tindakan mereka kepada orang lain,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan